Emery masih belum berpuas hati dengan pemain baharu ditandatangani Arsenal musim ini.

UNAI EMERY dedahkan mengapa beliau tidak gembira dengan pemain baharu yang dibawa masuk Arsenal musim ini.



Pengendali Arsenal itu percaya bahawa pemain-pemain yang ditandatanginya musim ini perlu segera menyesuaikan diri dengan persekitaran baru mereka.

Arsenal musim ini melakukan kejutan pada jendela perpindahan dengan berbelanja besar mengatasi rekod pembelian yang pernah dilakukan sebelum ini.

Sape kencing sape....kata 40 juta je...nah ambik ko!
Walaupun dikatakan mempunyai dana terhad, kira-kira £40-45 juta sahaja, namun mereka berjaya memecahkan rekod pembelian kelab dan juga dana yang dikatakan diperuntukan kepada mereka dengan menandatangani pemain sayap Lille, Nicolas Pepe bernilai £72 juta.

Selain itu, Arsenal juga membawa Dani Ceballos, pemain yang dipinjamkan dari Real Madrid, Kieran Tierney, David Luiz dan penyerang muda Brazil, Gabriel Martinelli.

Setakat ini, empat pemain baharu yang ditandatangani itu telah membuat penampilan bersama Arsenal dalam (sebahagian) empat perlawanan pertama liga, namun hanya Tierney sahaja yang masih belum mempamerkan aksi beliau ekoran masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan yang dialami pada musim panas.

Pemain Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit beraksi
Dani Ceballos 4 - 2 197'
Nicolas Pepe 4 - 1 243'
David Luiz 3 - - 270'
Gabriel Martinelli 1 - - 6'

Mengharungi empat perlawanan liga, Arsenal dilihat bagaikan menunjuk peningkatan berbanding musim lepas apabila menghuni tangga ke-5 musim ini dan di tangga ke-9 musim lalu.

Namun ianya hanya dibezakan satu mata sahaja yang dikumpul berbanding musim lalu, hasil dua kemenangan dan satu seri serta satu kekalahan dicatatkan Emery.

Manakala musim lalu, Emery sekadar mencatatkan dua kemenangan dan dua kekalahan selepas mengharungi empat perlawnaan liga untuk mengumpul enam mata dan berada ditangga ke-9 liga.

2019/2020
Rank. Club Played Won Drawn Lost GF GA GD Points
1 Liverpool 4 4 0 0 12 3 +9 12
2 Manchester City 4 3 1 0 14 3 +11 10
3 Leicester City 4 2 2 0 6 3 +3 8
4 Crystal Palace 4 2 1 1 3 2 +1 7
5 Arsenal 4 2 1 1 6 6 0 7
2018/19
9 Arsenal 4 2 0 2 8 8 0 6

Dengan kemasukan pemain termahal dan beberapa lagi pemain musim ini, sudah tentu tekanan terhadap Emery semakin tinggi untuk melihat peningkatan aksi The Gunners.

Malahan peminat juga teruja untuk melihat aksi-aksi pemain tersebut selain menunggu Emery menurunkan barisan terkuat The Gunners musim ini.


Namun Emery setakat masih belum menurunkan pemain-pemain tersebut dalam aksi penuh (90 minit) selain David Luiz.

Ketika ditanya dimana dan bagaimana dia merasakan Arsenal perlu diperbaiki agar bertambah baik, pengendali kelahiran Sepanyol itu berkata bahawa pemain baharu yang berada di kelab adalah paling penting.

"Pertama, kita perlu memperbaiki penyesuaian pemain-pemain lain yang datang ke sini pada saat-saat akhir," kata Emery dalam temuramah 'YOU ASK... UNAI ANSWERS' yang disiarkan dilaman web rasmi Arsenal.

Bagaimanapun, Emery mengakui terdapat peningkatan yang perlu dibuat dalam keseimbangan antara falsafah menyerangnya dan bahagian defensif pasukan.

"Juga kita perlu memperbaiki cara kita. Sebagai contoh, saya fikir kita boleh terus menjadi sangat menyerang dengan ramai pemain pada bahagian serangan.

"Kami juga mahu mengimbangi defensif untuk menjadi kuat dan saya fikir empat perlawanan pertama membolehkan kami menunjukkan ciri pertama kami - untuk menjadi lebih menyerang.

"Mungkin kita perlu terus berusaha untuk membuat keseimbangan defensif dalam beberapa ketika dan juga secara taktikal ketika membuat beberapa keputusan.

"Tetapi perkara yang paling penting ialah bagaimana kita boleh menunjukkan sokongan dan tenaga kita, semangat kita.

"Kami mahu memenangi setiap perlawanan tetapi juga mahu memperlihatkan kelajuan kami, tenaga kami bermain dengan intensiti.

"Saya fikir kita sedang berusaha untuk melakukan itu dengan cara kita, dalam sasaran kami memberikan mereka ciri yang besar kepada kita. Kami mahu bermain dengan bertenaga.

Jadinya, boleh dikatakan bahawa pemain-pemain baharu itu masih gagal menyesuaikan diri dan masih memerlukan masa untuk beraksi dengan cara Emery dan Arsenal.

Patutlah Emery tidak menurunkan mereka dalam kesebelasan utama The Gunners dan jarang menggunakan mereka 90 minit... masih memerlukan masa....lambat menyesuaikan diri.


Apa-apapun..sokongan tetap diberikan dan semoga Emery and co mampu mengembalikan kegemilangan Arsenal untuk menjadi sebuah pasukan yang digeruni di planet bumi.

#COYG

Post a Comment

Previous Post Next Post