Arsene Wenger sahkan beliau sedang mempertimbangkan tawaran menarik.

SEMENJAK meninggalkan Emirates, Arsene Wenger masih belum mengendalikan mana-mana pasukan dan mengakui akan kembali ke arena pengurusan.



Dalam perkembangan terkini, bekas pengurus Arsenal itu mengesahkan bahawa beliau sedang mempertimbangkan 'tawaran menarik' yang diterimanya untuk membuat 'comeback' dalam arena pengurusan atapun pengendali pasukan.


Wenger,  69 tahun pernah memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana termasuklah kejuaraan dengan gelaran  'Invincibles' tidak terkalah untuk keseluruhan musim pada 2003/04 dan tujuh Piala FA sebagai pengurus The Gunners.

Beliau akhirnya menamatkan pemerintahan 22 tahunnya dalam perpisahan penuh emosi pada akhir kempen 2017/18 dan digantikan oleh Unai Emery.

Pengurus legenda Arsenal baru-baru ini dilaporkan telah menerima jawatan bersama badan pentadbir bolasepak dunia, FIFA sebagai pengarah teknikal, namun tidak menolak ataupun menafikan keinginan beliau untuk kembali mengendalikan pasukan.
"Sejak meninggalkan Arsenal saya menerima beberapa tawaran menarik yang sedang saya pertimbangkan," katanya menjelang anugerah Legends of Football 2019 (via SkySports).

"Bagaimanapun, satu undangan yang saya tidak teragak-agak untuk menerimanya dan saya amat berbesar hati untuk berbuat demikian, adalah untuk menerima anugerah Legends of Football 2019."

Semenjak meninggalkan Arsenal, Wenger membuat penampilan di kaca TV sebagai pundit serta bercakap di pelbagai persidangan dan mempromosikan firma teknologi PlayerMaker, yang mana beliau merupakan rakan kongsi dan juga pelabur dalam syarikat tersebut.

Pun begitu, beliau menyatakan dengan jelas bahawa dia berharap dapat diberikan peluang lain untuk menduduki kerusi panas selaku pengendali pasukan.

Wenger sebelum ini pernah berkata: "Anda akan melihat saya dalam arena ini lagi, bila, saya tidak pasti.

"Saya suka untuk menjarakkan diri, saya enggan untuk kembali merasai bahang, saya masih tidak boleh hidup hari ini dengan hakikat bahawa saya tidak akan berada di bangku simpanan lagi, saya mungkin pergi untuk kedudukan pertengahan.

"Apa yang pasti saya mahu berkongsi apa yang saya tahu, dan apa yang saya pelajari sebanyak yang saya boleh lakukan dalam permainan ini. Saya ingin mengalami lebih intensiti perlawanan."

Bilalah kita nak tahu kemanakah dan kelab manakah yang akan dikendalikan Wenger...

Post a Comment

Previous Post Next Post