UEL Rewind: Aksi terbaik Arsenal dari musim 2018-19.


ARSENAL akan beraksi dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan bagi saingan Liga Europa Jumaat ini, waktu Malaysia.


Selepas mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Eintracht Frankfurt dalam perlawanan pertama, sudah tentu Arsenal berusaha untuk mengekalkan rentak kemenangan pada perlawanan kedua nanti.

Serta kemenangan pasti mengukuhkan kedudukan The Gunners dalam saingan kali ini disamping menghiburkan peminat dan penyokong yang 'gersang' dengan aksi-aksi menarik Arsenal.

Beraksi dilaman sendiri menentang kelab Belgium, Standard Liege yang turut mencatatkan kemenangan pada perlawanan pertama mereka (menang 2-0 ke atas Vitória de Guimarães), hanya keputusan MENANG sahaja yang diharapkan.

Tiada keputusan lain yang boleh dicatatkan Arsenal dan Emery selain kemenangan kerana aksi hambar musim ini benar-benar membuatkan penyokong dan peminat The Gunners mulai hilang sabar.

Kedudukan kumpulan F
Pos Team Pld W D L GF GA GD Pts
1 England Arsenal 1 1 0 0 3 0 +3 3
2 Belgium Standard Liège 1 1 0 0 2 0 +2 3
3 Portugal Vitória de Guimarães 1 0 0 1 0 2 −2 0
4 Germany Eintracht Frankfurt 1 0 0 1 0 3 −3 0

Sebelum itu, ayuh kita saksikan rangkuman kehebatan Arsenal musim lalu yang berjaya mara ke peringkat akhir.

Post a Comment

Previous Post Next Post