Legends of Football telah mengumpulkan £ 8 juta untuk kerja-kerja amal terapi muzik Nordoff Robbins.



Acara ini telah berlangsung lebih 20 tahun dengan meraikan kejayaan dan kerjaya beberapa pemain bolasepak dan pengurus terbaik dalam sukan bolasepak.

Sejak 1996, legenda seperti John Charles, Sir Stanley Matthews, Brian Clough, Sir Bobby Robson, Sir Alex Ferguson, Kenny Dalglish, Alan Shearer dan Eric Cantona, untuk beberapa nama lain telah menerima anugerah berprestij ini.

Sebelum ini Legend of Football turut mengadakan majlis makan malam dalam memberi penghormatan kepada Jose Mourinho, Ryan Giggs serta insan yang dianggap sebagai pemain paling hebat sepanjang masa, Pele.

Sebagai meraikan ulang tahun ke-20 Legends of Football, ikon bolasepak global David Beckham merupakan penerima anugerah tersebut.

Pada 2016, mereka menyambut ulang tahun ke-25 Liga Perdana Inggeris, dengan memberikan penghormatan khas kepada 100 pemain yang telah menjaringkan 100 gol Liga Perdana Inggeris.

Tahun 2017 mereka memberikan anugerah tersebut sebagai menghormati pencapaian Liverpool dan pemain England, Steven Gerrard dan tahun lepas (2018), pengurus Derby ketika ini dan legenda Chelsea, Frank Lampard diberikan anugerah tersebut.

Dan untuk tahun 2019, pengurus lagenda Arsenal, Arsene Wenger diberikan penghormatan untuk annugerah berprestij ini.

Senarai penerima anugerah:

Post a Comment

Previous Post Next Post