Arsene Wenger terima penghormatan untuk Anugerah Legend of Football.

BEKAS pengurus Arsenal menerima anugerah pada acara bertaraf bintang dengan £521,000 berjaya dikumpulkan untuk dana amal terapi muzik Nordoff Robbins.



Tiga hari lalu, Arsene Wenger menerima penghormatan dalam dunia bolasepak apabila dimasukkan ataupun berada dalam senarai Legends of Football Hall of Fame pada malam Isnin, waktu UK.

Majlis tersebut turut dihadiri bintang-bintang dunia bolasepak dan juga penghibur pada majlis yang dilangsungkan di JW Marriott Grosvenor House London, di mana bekas pengurus Arsenal menerima anugerah Legends of Football 2019.
Majlis itu juga turut berjaya mengumpul dana sebanyak £521,000 untuk Nordoff Robbins, badan amal terapi muzik yang disokong oleh Liga Perdana.

I have always enjoyed music and have been excited to be involved in the work Legends of Football does to support Nordoff Robbins, which is a fantastic charity. Music therapy can change people's lives, across a broad spectrum of disabilities.
-- Arsene Wenger

Wenger disertai oleh legenda Arsenal, Robert Pires, Lee Dixon, Lauren, David Seaman dan Robin van Persie serta beberapa bintang The Gunners dan juga dari dunia bolasepak.




Info Ringkas mengenai Nordoff Robbins

Badan amal terapi muzik bebas terbesar di UK, yang menggunakan muzik untuk memperkayakan kehidupan seseorang yang mengalami penyakit berkaitan nyawa, ketidakupayaan dan perasaan.

Mereka banyak membantu dalam memberi bantuan individu yang mengalami kemurungan, masalah kesihatan dan bekerjasama bersama beberapa organisasi seperti hospital, pusat rawatan mental, badan kebajikan, sekolah dan juga pusat rawatan pemulihan.

Badan amal ini dibangunkan dari kolaborasi 17 tahun Paul Nordoff dan Clive Robbins bermula pada tahun 1958.

Ia pada asalnya dirumuskan sebagai terapi untuk kanak-kanak yang kurang upaya psikologi, fizikal, atau perkembangan.

Pembangunan awalnya dipengaruhi oleh Rudolph Steiner dan falsafah dan ajaran antroposofis.

Terapi muzik Nordoff-Robbins didasarkan pada kepercayaan bahawa semua orang boleh bertindak balas terhadap muzik, tidak kira betapa sakit atau kurang upaya.

Ia berpendapat bahawa kualiti muzik yang unik sebagai terapi dapat meningkatkan komunikasi, menyokong perubahan, dan membolehkan orang ramai hidup dengan lebih kreatif.

Pakar terapi muzik Nordoff-Robbins memberikan khidmat di seluruh dunia dan telah mendapat kelulusan dari program latihan di seluruh dunia termasuk England, Amerika Syarikat, Australia, Jerman, New Zealand, Scotland, Afrika Selatan dan negara Timur

Post a Comment

Previous Post Next Post