Kisah sebenar mengenai Kieran Tierney setelah tersebar spekulasi mengalami kecederaan

KISAH mengenai kecederaan Kieran Tierney yang menjadi spekulasi hangat ketika ini setelah tidak disenaraikan dalam skuad menentang Manchester United dan digugurkan dari skuad kebangsaan Scotland.



Spekulasi mengenai Kieran Tierney mungkin mengalami kecederaan kembali ketika dalam proses pemulihannya daripada kecederaan pinggul, hangat diperkatakan dan kami turut melaporkan kisah tersebut semalam.
Spekulasi tersebut timbul setelah Tierney tidak berada dalam senarai skuad Arsenal yang mencatatkan keputusan seri 1-1 di Old Trafford setelah beraksi 75 minit dalam kemenangan Piala EFL keatas Nottingham Forest pada hari Selasa.

Ekoran itu, ianya menyebabkan dakwaan bahawa kecederaan pinggul Tierney yang dialaminya sebelum melengkapkan perpindahan ke Emirates kembali semula.

Walaupun pemain itu dianggap mampu beraksi menentang Manchester United dan juga boleh beraksi dalam saingan Liga Europa Jumaat ini menentang Standard Liege, namun ketika ini tiada jaminan bahawa beliau juga mampu beraksi dalam perlawanan liga Ahad nanti menentang Bournemouth.

Begitu juga dengan situasi Hector Bellerin, yang turut kembali pulih sepenuhnya, tidak semestinya beliau mahupun Tierney akan bermain.

Arsenal sememangnya berhasrat untuk tidak membawa Tierney ketika berkunjung ke Old Trafford  kerana pemain itu masih bekerja bagi pemulihannya bersama kakitangan perubatan The Gunners.

Oleh itu, ianya turut mempengaruhi penyertaan beliau bersama skuad kebangsaan Scotland yang mana selepas rundingan dan perbincangan, pasukan perubatan Arsenal tidak menggalakkan pemain itu menjadi sebahagian daripada skuad Steve Clarke untuk kelayakan Euro 2020 menentang Rusia dan San Marino.

Tierney bukanlah pemain pertama The Gunners yang terlepas daripada menyertai tugas antarabangsa ketika masih menjalani proses pemulihan, sebelum ini, kakitangan perubatan Arsenal dan Ivory Coast turut bersetuju bahawa Nicolas Pepe tidak akan menyertai tugasan antarabangsa bulan lepas setelah menjalani proses pemulihannya.

Post a Comment

Previous Post Next Post