Duit banyak pun tak guna, sedih sangat sekadar menonton UCL melalui TV.

Pengawai Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke mempersoal keputusan Pierre-Emerick Aubameyang meninggalkan kelab Jerman tersebut untuk menyertai Arsenal pada Januari 2018.



Beliau menyatakan bahawa keputusan penyerang antarabangsa Gabon tersebut mungkin dipengaruhi dengan wang, memandangkan bekas kelabnya itu bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sedangkan Arsenal hanya bersaing dalam Europa League musim ini.

Perpindahan Aubameyang telah disekat sebanyak tiga kali dalam setahun, sebelum memaksa perpindahan keluar kerana masalah disiplin. 

Pemain berusia 30 tahun menjaringkan 141 gol dalam 213 penampilan bersama Dortmund dari tahun 2013 - 2018.


Watzke memberitahu Suddeutsche Zeitung: "Sudah tentu sukar untuk mengekalkan seseorang pemain apabila menerima wang sebanyak itu.

"Sesetengah pemain akan pergi ke kelab lain kerana duit, di mana mereka sudah bertahun tidak bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah.

"Aubameyang memang hebat di Arsenal, dan mungkin senang hati apabila melihat akaun banknya, namun dia akan berasa sedih pada setiap hari Rabu kerana perlu menonton Liga Juara-Juara Eropah hanya melalui televisyen." 

Aubameyang menjadi pemain sangat penting untuk Arsenal pada permulaan musim 2019/20 terutama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (PL) kerana tanpa jaringan-jaringan golnya, the Gunners akan lebih sengsara dalam liga.

Memang Banyak Duit Dalam Bank Akaun, Tapi Sedihlah Dapat Tonton UCL Hanya Dari Televisyen
- Hans Joachim Watzke

Beliau telah menjaringkan tujuh gol dalam tujuh perlawanan liga setakat ini. Tiga daripadanya merupakan gol kemenangan pasukan (lawan Newcastle United, Burnley, dan Aston Villa).

Post a Comment

Previous Post Next Post