Liverpool Terselamat Dari Disingkirkan Dari Piala Carabao, Boleh Menentang Arsenal Pada Pusingan Keempat


English Football League (EFL) telah mengumumkan bahawa Liverpool tidak akan disingkirkan dari Piala Carabao setelah didapati  menurunkan pemain yang tidak sah. 

Sebaliknya EFL mengenakan bayaran denda sebanyak £200,000.

Keputusan EFL ini membolehkan perlawanan menentang Arsenal di Anfield pada pusingan keempat dapat diteruskan.

The Reds didapati melakukan kesalahan ini apabila memasukkan Pedro Chirivella sebagai pemain gantian pada minit ke-62 semasa kemenangan 2-0 ke atas MK Dons.

Pedro Chirivella
Pemain Sepanyol tersebut didapati tidak mempunyai sijil perpindahan antarabangsa, satu keperluan untuk bermain selepas pemain tengah itu kembali ke kelab selepas menjalani tempoh pinjaman dengan kelab Sepanyol, Extremadura pada musim lepas.

Kenyataan dari wakil badan pengarah EFL mengesahkan Liverpool akan dikenakan denda bayaran sebanyak £200,000 - dan setengah daripada jumlah itu akan digantung sehingga penghujung musim 2020/21.

Pelbagai faktor telah mempengaruhi keputusan ini termasuklah badan pengarah Liverpool telah memohon bantuan daripada Football Association untuk mendapatkan International Clearance sebelum bermula musim baru ini.

Chirivella secara teknikal telah bermain secara tidak sah dalam dua perlawanan Premier League Two dan satu perlawanan Leasing.com Trophy.

Dan akibatnya, kelab Merseyside itu didapati bersalah atas kesalahan yang sama iaitu 'memainkan pemain semasa tewas dalam perlawanan Leasing.com Trophy kepada Oldham Athletic pada 7 Ogos 2019, dan akan dikenakan bayaran denda.'

"Peraturan Piala Carabao memerlukan kelab memastikan kesemua pemain sudah berdaftar dan layak seiring dengan peraturan Liga sebelum bermain.

Pemain itu mempunyai kontrak dengan Liverpool FC dalam tempoh tersebut, dan sebab dia tidak layak kerana pihak kelab tidak mempunyai perlepasan antarabangsa yang sah selepas perjanjian kontrak pinjaman telah tamat.

Perlanggaran yang dilakukan Kelab disebabkan cabaran yang dihadapi ketika mahu mendapatkan perlepasan antarabangsa yang betul, dan keupayaannya untuk memasukkan Pemain ke dalam senarai pasukan walaupun kekurangan perlepasan.

"Hasilnya, ahli lembaga telah menyimpulkan hukuman yang sepatutnya adalah hukuman dalam bentuk kewangan." jelas wakil EFL.

Post a Comment

Previous Post Next Post