"Mereka Berhak Mendapat Peluang Bermain" - David Luiz

David Luiz menegaskan bahawa pemain-pemain muda Arsenal telah berusaha keras untuk mendapatkan peluang bermain dalam skuad senior musim ini.

Beliau menjawab soalan media adakah ianya satu perkara yang bagus untuk memberikan peluang kepada para pemain muda.

Joe Willock
"Saya rasa kami bukan sewenang-wenangnya memberikan peluang bermain kepada pemain muda, mereka berhak mendapatkannya,"

"Mereka bekerja keras dan menunjukannya setiap hari. Walaupun masih muda, mereka sudah tahu bagaimana hendak bermain bolasepak.

"Saya rasa pemain muda kini lebih matang dari yang sebelum ini, dan saya fikir pasukan kami mempunyai ramai pemain yang berbakat." sambung Luiz.

Reiss Nelson
Pemain muda Arsenal seperti Matteo Guendouzi, Bukayo Saka, dan Joe Willock menampilkan aksi yang memberangsangkan dalam beberapa perlawanan lepas.

Dalam perlawanan terakhir, seri 1-1 menentang Manchester United, Saka telah memberikan permainan yang bertenaga, memastikan Ashley Young tidak senang duduk dan perlu memberikan lebih fokus terhadap pemain sayap muda Inggeris ini.

Saka juga membuat bantuan gol dalam perlawanan tersebut apabila berjaya mengambil bola hasil kesilapan pemain pertahanan United, sebelum melorongkan kepada Pierre-Emerick Aubameyang yang menjaringkan gol tunggal Arsenal dalam perlawanan itu.

Para penyokong Arsenal mungkin mempunyai pendapat yang berbeza dengan penggunaan pemain muda terutamaa dalam perlawanan-perlawanan besar, namun dengan persembahan mereka setakat ini, dengan mentaliti yang kuat, pemain-pemain ini boleh mendapat sokongan penuh daripada peminat setia the Gunners.

Setakat ini, perlawanan peringkat kumpulan Europa League dan Piala Carabao menjadi gelanggang pilihan Unai Emery untuk memberikan masa permainan kepada pemain-pemain muda Arsenal.

Gabriel Martinelli menjaringkan dua gol dalam perlawanan Piala Carabao menentang Nottingham Forest
Pemain-pemain produk akademi Arsenal seperti Folarin Bolagun, Tyreece John-Jules, Zech Medley, dan Sam Greenwood sudah pasti menanti peluang untuk bermain skuad utama musim ini. Hanya masa dan usaha keras mereka bakal menentukannya.

Post a Comment

Previous Post Next Post