"Dia Sangka Saya Akan Sertai Bayern Munich, Bukan Arsenal" - Nicolas Pepe

Pemain sayap Arsenal, Nicolas Pepe telah mendedahkan bahawa pengurusnya di Lille menjangkakan beliau menyertai Bayern Munich pada musim panas lepas.

Pepe telah menarik minat banyak pihak di Eropah. Beliau telah menjaringkan 23 gol dan membuat 12 bantuan gol untuk Lille pada musim 2018/19. Dan tidak hairanlah kelab-kelab besar Eropah seperti Napoli, Bayern Munich, dan Arsenal dikaitkan dengan perpindahan pemain antarabangsa Ivory Coast ini.

Ketika bercakap keapda Canal Football Club, Pepe mengakui yang boss kelab lamanya dulu, Christophe Galtier menjangkakan dirinya memilih untuk berhijrah ke Jerman dan Bayern Munich.

Namun beliau telah membuat keputusan mengejut untuk berhijrah ke kelab utara London itu.

"Dia membayangkan saya di Bayern. Pada saya, ianya satu keputusan yang akan mengejutkan banyak pihak kerana ianya bukan kelab yang bermain di Liga Juara-Juara Eropah, tetapi ianya juga sebuah kelab yang mempunyai banyak cita-cita. Kami bermain di Europa League di mana ianya juga sebuah pertandingan Eropah. Kami mahu memenanginya.

"Saya berharap dapat menulis sejarah saya sendiri di Arsenal. Arsenal adalah sebuah kelab yang hebat di England.

"Kami masih kecil ketika era Thierry Henry, Patrick Vieira, Fredrik Ljungberg, Dennis Bergkamp. Anda tahu Invincibles. Dan kami menontonnya ketika kami kecil, dan salah satu impian saya adalah untuk berada di sini."

Pepe perlu mencari semula keyakinan dirinya yang membolehkan beliau cemerlang bersama Lille pada musim lepas.

Beliau hanya menjaringkan satu gol dan membuat dua bantuan gol dalam lapan penampilan setakat ini.

Dan aksinya ketika menentang Manchester United pada awal pagi Selasa (waktu Malaysia) yang lepas juga agak kurang meyakinkan, kurang memberi ancaman terhadap kubu Manchester sebelum dikeluarkan pada separuh masa kedua.

Bangkitlah Pepe! Jangan biarkan penyokong setia Arsenal gelarkan anda Gervinho 2.0! Anda boleh menjadi pemain yang hebat di Arsenal!

Post a Comment

Previous Post Next Post