Ozil 'serius' tinggalkan Emirates, isteri bagi lampu hijau.

MESUT OZIL 'serius' dalam mempertimbangkan untuk meninggalkan Arsenal dengan isterinya turut menyokong.



Menurut akhbar Turki, Fotomac, pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil telah berbincang dengan isterinya, Amine Gulse mengenai perpindahan ke Fenerbahce dan telah memberikan lampu hijau untuk Ozil meninggalkan The Gunners.

Ozil bersama isterinya, Amine Gulse.
Semalam, terdapat laporan yang mengatakan bahawa pihak Super Lig sedang berunding untuk menandatangani Ozil secara pinjaman.
Kini dilaporkan bahawa Ozil 'serius' mempertimbangkan untuk meninggalkan Arsenal pada Januari ini dan telah memaklumkan isterinya mengenai rancangannya itu.

Selepas perbincangan diantara mereka, ia mendakwa Gulse menegaskan dia berminat berpindah ke Istanbul dan percaya tinggal di Turki akan menjadi persekitaran yang lebih baik bagi kedua-dua mereka.

Fotomac juga mendakwa Arsenal terbuka untuk membenarkan Ozil menyertai kelab lain dalam perjanjian pinjaman dan dilaporkan Fenerbahce berminat untuk membawanya selama 18 bulan, sama seperti apa yang dilakukan mereka dengan Victor Moses, Januari lalu.

Arsenal juga akan mempertimbangkan untuk membayar peratusan gaji Ozil jika pemain itu 'keluar' secara pinjaman dan akhbar Turki tersebut mengatakan mereka boleh mengikut formula Manchester United sebagaimana mereka meminjamkan Alexis Sanchez ke Inter Milan pada musim panas.

Gaji Sanchez masih dibayar United dengan kelab Itali itu hanya mengeluarkan sekitar 20% gaji tahunan sahaja.

Inter have agreed to pay close to £4.5million of the Chile international's £21m annual salary, meaning United will have to subsidise a significant portion of his wages.
-- Daily Mail 


Post a Comment

Previous Post Next Post