Benarkah Alexandre Lacazette mempunyai klausa pelepasan yang besar sebagaimana didakwa?

Ejen pemain dakwa Alexandre Lacazette mempunyai klausa pelepasan yang besar.


Ejen bolasepak Dmitry Cheltsov, pakar dalam pasaran perpindahan Perancis, telah bercakap dengan media Rusia dan mendakwa dia telah menawarkan Alexandre Lacazette ke Zenit St Petersburg sebelum kelab itu menandatangani Malcom dari Barcelona.

Bercakap mengenai langkah perpindahan yang gagal dilakukan untuk ke Liga Super Rusia, Cheltsov berkata kepada Sport Business Gazeta

"Saya menawarkan Alexandre Lacazette kepada Zenit. Pengarah sukan mereka, Javier Ribalta berkata kepada saya- 'Adakah anda gila? Klausa pelepasannya ialah € 68m. '

"Saya memberitahu dia, anda boleh berunding dengan Arsenal. Saya yakin mereka bersedia untuk menerima sekiranya dibuat antara €50 juta ke €55 juta. Gajinya ialah €7-8 juta selepas cukai. "

Cheltsov juga menambah bahawa selepas Zenit enggan menandatangani Lacazette, mereka terus mendapatkan Malcom dari Barcelona untuk €50 juta dan pemain Brazil itu diberikan gaji yang sama dengan pemain antarabangsa Perancis itu.

Pemain berusia 28 tahun itu menyertai Arsenal pada 2017 dari Olympique Lyonnais dengan nilai perpindahan dilaporkan €53 juta, jadi tidak mungkin dia mempunyai klausa pelepasan yang ditulis dalam kontraknya, walaupun didakwa oleh ejen tersebut.

Di bawah Unai Emery, Lacazette menjadi pemain utama Arsenal dan dia membentuk gandingan yang mengagumkan bersama Pierre-Emerick Aubameyang sejak pemain antarabangsa Gabon itu ditandatangani dari Borussia Dortmund.


Lacazette masih mempunyai kontrak bersama The Gunners sehingga Jun 2022 dan ini semua kedengaran seperti ejen tersebut melebih-lebihkan kehebatannya dalam menunjukkan 'ketereran' ketika ditemubual/ditemuramah.

Post a Comment

Previous Post Next Post