Pierre-Emerick Aubameyang menyamai rekod 22 tahun milik Dennis Bergkamp

PENYERANG berusia 30 tahun itu menjadi pemain The Gunners kedua untuk merekodkan sebanyak tujuh gol dalam tujuh perlawanan pertama liga dalam satu musim.



Gol yang dijaringkan Pierre-Emerick Aubameyang ketika menentang Manchester United berjaya memberikan Arsenal satu mata berharga setelah terikat 1-1 awal pagi tadi.

Jaringan yang dilakukan beliau itu menyaksikan dia kini menjadi pemain kedua Arsenal untuk menjaringkan sekurang-kurangnya tujuh gol dalam tujuh perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris untuk The Guners.

Penjaga garisan memberikan 'offside' kepada jaringan Auba.
Walaupun 'terkejut' dengan keputusan penjaga garisan yang memberikan keputusan 'offside' untuk jaringan beliau itu, namun keputusan VAR akhirnya mengesahkan jaringan tersebut sekaligus memadamkan kelebihan tuan rumah setelah mendahului The Gunners pada babak pertama melalui Scott McTominay.


Pemain Terbaik Afrika 2015 kini berjaya menempatkan dirinya dalam sejarah kelab bersama legenda, Dennis Bergkamp, ​​yang telah merekodkan jumlah jaringan yang sama pada musim 1997-98.



Malah kecemerlangan penyerang Gabon yang menjaringkan gol pagi tadi turut merekodkan dimana beliau telah menjaringkan 14 gol dalam 14 perlawanan terakhir Liga Perdana yang dimainkan beliau.

Bagi Arsenal pula, keputusan seri pagi tadi menyaksikan The Gunners kini merekodkan keputusan tanpa kalah berturut-turut ketika bermain di Old Traffod untuk pertama kalinya semenjak tahun 2000.
Malah keputusan seri itu juga menyaksikan Arsenal masih lagi gagal menewaskan Manchester United semenjak kali terakhir melakukannya pada 17 September 2006.
Dengan keputusan seri yang dicatatkan, Arsenal kini berada ditangga keempat liga sementara Manchester United pula berada ditangga ke-10.


Arsenal bakal beraksi dalam saingan Liga Europa awal pagi Jumaat ini, jam 3 pagi waktu Malaysia menentang Standard Liege.

Highlights perlawanan

Post a Comment

Previous Post Next Post