Roy Keane Tidak Gembira Dengan Kualiti Permainan Manchester United - Arsenal

Roy Keane tidak gembira dengan keputusan seri 1-1 dalam pertembungan Manchester United dan Arsenal di Old Trafford malam tadi, sambil menggambarkan kedua-dua pasukan tersebut kurang berkualiti.

Penonton-penonton perlawanan ini perlu menunggu sehingga minit ke-28 perlawanan untuk melihat percubaan tepat ke arah gol - penantian paling lama untuk melihat percubaan tepat ke arah gol dalam perlawanan PL musim ini - apabila Andreas Pereira merembat tepat ke arah penjaga gol Arsenal, Bernd Leno selepas berjaya melepasi David Luiz.

Penjaga gol Jerman tersebut dapat menyelamatkan percubaan tepat tersebut.

Walau Scott McTominay dan Pierre-Emerick Aubamyeng dapat menjaringkan gol untuk pasukan masing-masing dalam perlawanan ini, ianya tidak dapat menggembirakan bekas kapten United tersebut.


Beliau mengeluh kerana tahap kedua-dua pasukan ini sudah merudum.

'Kita sudah melihatnya dan tidak percaya betapa teruknya perlawanan ini,' kata Keane kepada Sky Sports semasa rehat separuh masa.

'Kurang kualiti dalam kedua-dua pasukan, dan para pemain kelihatan bergelut untuk menampilkan permainan sebenar mereka. Tiada disiplin juga kerana banyak kad kuning yang dilayangkan. Perkara ini sangat menakutkan.;

Walaubagaimanapun, Keane memuji permainan berkualiti McTominay pada separuh masa pertama di Theater of Dreams.

'Salah satu perkara berkualiti yang dapat kita saksikan sepanjang separuh masa pertama. Satu rembatan yang hebat,' tambah Keane lagi.

Bekas pemain tengah Arsenal, Cesc Fabregas juga tidak dapat menahan diri dari mengatakan perkara yang sama dan meminta para pengikut akaun Twitter rasminya untuk mencari perkara-perkara yang positif di dalam perlawanan ini.

Pemain AS Monaco tersebut menulis: 'Pandangan mengenai perlawanan ini tanpa menggunakan perkataan tidak baik? Cuba untuk menjadi kreatif.' 

Pengulas perlawanan sepenuh masa Sky Sports, Gary Neville mengatakan terdapat peningkatan pada separuh masa kedua, namun Keane tidak teruja dengan pandangan bekas rakan sepasukannya itu.

'Gary mungkin melihat perlawanan yang lain. Saya rasa separuh masa kedua sangat teruk.

'Arsenal telah memberikan tindak balas yang baik, dan United pasti akan menyalahkan diri mereka sendiri kalau Arsenal berjaya mendapatkan tiga mata. 

Beliau juga percaya bahawa kedua-dua pasukan akan bergelut untuk mendapatkan tempat kelayakan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

'Kedua-dua pasukan tidak akan menamatkan liga di empat tempat teratas liga jika melihat permainan mereka pada malam ini.

Rakan kerja Keane, Jamie Carragher pula berpendapat bahawa Arsenal boleh berada di empat tempat terbaik liga musim ini kerana kekuatan dan bakat pemain penyerang mereka.

'Saya katakan Arsenal kerana mereka boleh menjaringkan banyak gol menerusi Lacazette dan Aubameyang,' katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post