Senarai calon bagi Pemain Bulanan PL2 Terbaik untuk bulan September.

LAPAN pemain telah dicalonkan untuk anugerah Premier League 2 (PL2) - Player of the Month untuk bulan September.



Senarai pendek bagi calon pemenang Pemain Bulanan Terbaik PL2 telah dikeluarkan dan diputuskan oleh Panel Pembangunan Bolasepak Liga Perdana Inggeris selepas memilih prestasi cemerlang dalam setiap pertandingan liga mereka bagi bulan September.

Pemain tengah Chelsea, Billy Gilmour merupakan pemenang bagi anugerah ini untuk bulan lalu, Ogos 2019.

Berikut adalah senarai calon Pemain Terbaik Bulanan PL2 :

Folarin Balogun (ARS)

Pemain remaja Arsenal berusia 18 tahun ini telah menghasilkan dua bantuan dalam kemenangan 2-1 ke atas Leicester City, sebelum menjaringkan dua gol pada pertemuan menentang Wolverhampton Wanderers yang berkesudahan seri 2-2.

Dan Balogun turut menjaringkan satu gol ketika menentang Liverpool, yang berkesudahan seri 2-2.

Antony Evans (EVE)

Pemain tengah berusia 21 tahun ini menghasilkan satu bantuan gol ketika membantu kemenangan 2-1 Everton ke atas Blackburn Rovers dan mengumpul dua gol untuk bulan September.

James Garner (MUN)

Disenarai pendek untuk anugerah ini bagu bulan kedua berturut-turut, pemain tengah berusia 18 tahun telah membantu Manchester United memenangi perlawanan untuk dua penampilan dalam aksi liga PL2 bulan September.

Menjaringkan satu gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Norwich City dan menjaringkan gol tunggal kemenangan 1-0 ke atas Fulham.



George Hirst (LEI)

Anak lelaki bekas penyerang England, David Hirst.

Berusia 20 tahun dan menjaringkan dua gol dalam perlawanan menentang Chelsea yang berkesudahan seri 2-2.

Penyerang  muda ini juga mempamerkan aksi mengagumkan ketika Leicester mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Liverpool dan kekalahan 2-1 mereka kepada Arsenal.

Rosaire Longelo (NEW)

Pemain berusia 19 tahun itu memainkan peranan penting dalam kemenangan Newcastle United 3-2 ke atas Norwich, menjaringkan gol pembukaan dan juga aksi bertahan yang memukau di bahagian tengah dalam kekalahan kepada Swansea City dan West Bromwich Albion.

Michael Olise (RDG)

Pemain berusia 17 tahun itu menghasilkan tiga bantuan dan menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan Division 2, di mana Reading memperolehi enam mata.

Prestasi cemerlang pemain tengah itu dalam bulan September memberikan beliau peluang untuk beraksi bersama pasukan utama Reading dalam saingan Championship sebagai pemain gantian.

Anthony Scully (WHU)

Pemain tengah itu menjaringkan lapan gol dalam lima penampilan bulan lalu.

Enam gol hadir dalam PL2, menjaringkan dua gol pada setiap kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir bulan September, serta menghasilkan dua bantuan gol.

Pemain berusia 19 tahun itu juga membantu West Ham United menewaskan Valencia dalam Premier League International Cup dan mencatatkan jaringan berganda (2 gol setiap perlawanan) keempat ketika menewaskan Newport Country 5-4 dalam saingan Piala EFL.

Callum Slattery (SOU)

Pemain tengah berusia 20 tahun itu menghasilkan bantuan gol serta merupakan kapten ketika Southampton menang 2-1 ke atas Wolves, dan juga mencuri tumpuan ketika Saints mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Tottenham Hotspur.

Siapakah yang bakal dinobatkan selaku Pemain Terbaik Bulanan bagi PL2? Mampukah pemain muda Arsenal, Balogun menjadi pemenang kali ini?

Adakah Folarin Balogun akan dipilih setelah saingan sengit ditunjukan daripada Anthony Scully?



Post a Comment

Previous Post Next Post