Kesebelasan utama (ramalan) Arsenal menentang Bournemouth dengan formasi 4-2-3-1

Ceballos mungkin diturunkan dalam kesebelasan permulaan Arsenal ketika menentang Bournemouth.



Selepas mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Standard Liege dalam saingan Liga Europa pada hari Jumaat, Arsenal sekali lagi menjadi tuan rumah kepada pasukan pelawat dan kali ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

The Gunners akan menerima kunjungan Bournemouth pada Ahad di Stadium Emirates dengan perlawanan akan dimulakan jam 9 malam waktu Malaysia.

Walaupun mempamerkan permainan yang menyakinkan ketika menundukkan kelab Belgium dalam saingan Europa, Unai Emery tetap mengakui bahawa beliau masih perlu melakukan beberapa perubahan pada bahagian serangan.

Lebih-lebih lagi skuad yang menundukkan Standard Liege merupakan skuad muda dan mungkin beliau masih tidak begitu yakin untuk menggunakan sebahagian besar pemain muda untuk saingan Liga Perdana.

Ketika ini, The Gunners berada ditangga keempat liga dengan mengumpul 12 mata hasil daripada 7 perlawanan (M3, S3 K1).

Perlawanan liga terakhir Arsenal setakat ini menyaksikan mereka sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Manchester United di Old Trafford dan berharap mampu meraih kemenangan apabila bertemu Bournemouth.

Perkembangan Arsenal

Ketika ini hanya dua pemain yang tidak dapat digunakan/diturunkan Emery ketika menentang skuad bimbangan Eddie Howe.

Alexandre Lacazette masih lagi mengalami kecederaan pada buku lalinya dan dijangka kembali selepas rehat antarabangsa.


Emile Smith Rowe juga tidak mungkin diturunkan selepas mengalami gegaran otak minggu lalu ketika menentang Nottingham Forest.

Manakala Ozil pula masih diselubungi misteri mengenai potensi beliau untuk digunakan musim ini.

Predicted Lineup vs Bournemouth (4-2-3-1)

Pertahanan

Bernd Leno berada di bangku simpanan ketika aksi menentang Standard Liege, tetapi penjaga gol Jerman itu dijangka kembali ke barisan utama Arsenal untuk pertembungan esok.

Sokratis dan David Luiz boleh memulakan perlawanan pada pertahanan tengah walaupun kedua-dua pemain pertahanan veteran itu masih gagal mempamerkan aksi terbaik musim ini (setakat ini).

Dan menentang Bournemouth, sudah pasti tugas mereka sukar buat mereka berdua dalam mengekang asakan lawan yang diketuai gandingan Callum Wilson dan Joshua King.

Oleh kerana Hector Bellerin dan Kieran Tierney belum mencapai tahap kecergasan sepenuhnya, Sead Kolasinac dan Ainsley Maitland-Niles kemungkinan akan bermula sebagai pemain penuh.

Tengah

Emery telah menunjukkan kepercayaan yang tinggi terhadap Granit Xhaka, walaupun terdapat banyak kesilapan yang dilakukan oleh kapten Arsenal ini dan persembahan yang tidak begitu konsisten.

Pemain antarabangsa Switzerland itu dijangka bermula di bahagian tengah Arsenal dan akan bergandingan dengan pemain muda yang semakin meningkat naik, Matteo Guendouzi

Pemain berusia 20 tahun itu mempunyai perlawanan yang baik ketika menentang Manchester United dalam perlawanan liga terakhir dengan dia memenangi dua aerial duels dan melakukan empat tackles berjaya serta 3 clearances (rujukan Whoscored).

Pemain pinjaman dari Real Madrid, Dani Ceballos boleh menjadi pemain tengah menyerang utama dalam barisan Arsenal esok dengan situasi yang melanda Ozil ketika ini.

Apelah nasib ko Jil...
Ceballos akan ditugaskan dengan tanggungjawab mengucar-kacirkan dan membelah pertahanan Bournemouth dengan pergerakan pintar dan bijak yang  dimilikinya.

Serangan

Pierre-Emerick Aubameyang berada dalam prestasi terbaik musim ini dan telah menyelamatkan pasukan dalam beberapa perlawanan.

Penyerang Gabon ini telah menjaringkan tujuh gol dalam tujuh perlawanan Liga Perdana setakat ini dan harus bermula dalam kesebelasan utama Arsenal esok setelah ketiadaan Lacazette.

Nicolas Pepe dan Bukayo Saka boleh memulakan perlawanan dalam kesebelasan utama The Gunners pada posisi sayap.

Kedua-duanya pemain ini telah menunjukkan peningkatan potensi lebih-lebih lagi pemain muda Arsenal, Saka.

Manakala Pepe pula sudah pasti mahu membuktikan kehebatan beliau dan sudah tentu Emery mengharapkan mereka dapat memberikan sumbangan pada kawasan final third esok.

Ramalan penulis, Arsenal 3-1 Bournemouth.



Post a Comment

Previous Post Next Post