Luis Enrique mengatakan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk kembali ke bolasepak, selepas dia dikhabarkan akan menjadi pengurus baru Arsenal.
Posisi Unai Emery sebagai pengurus the Gunners kini semakin terancam dengan rentetan beberapa keputusan buruk sejak kebelakangan ini. Ditambah lagi dengan corak permainan yang hambar, ramai sudah mempersoalkan kredibiliti pengurus Sepanyol ini.
Pada Sabtu lepas, Arsenal telah tewas perlawanan liga buat kali ketiga dalam musim ini, tunduk 2-0 kepada Leicecster City di Stadium King Power. Keputusan ini melebarkan rekod buruk, gagal menang dalam lima perlawanan terakhir dalam semua kejohanan.
- 9 November 2019: Leicester City 2-0 Arsenal [Premier League]
- 6 November 2019: Vitoria 1-1 Arsenal [Europa League]
- 3 November 2019: Arsenal 1-1 Wolverhampton Wanderers [Premier League]
- 30 Oktober 2019: Liverpool 5-5 Arsenal (tewas 5-4 penentuan sepakan penalti) [Piala Liga]
- 28 Oktober 2019: Arsenal 2-2 Crystal Palace [Premier League]
Menurut ESPN, Enrique masih bersedia untuk kembali selepas meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Sepanyol pada Jun lepas atas sebab peribadi.
Keputusan Enrique ini boleh difahami memandangkan mendiang anak perempuannya yang menderita penyakit kanser sebelum meninggal dunia pada Ogos lalu.
Sebelum berehat sebentar dari karier pengurusannya, dia pernah menjadi pengurus Barcelona, Celta Vigo, dan AS Roma.
Peratus kemenangan Luis Enrique
- AS Roma: 17 menang dari 42 perlawanan (40%)
- Celta Vigo: 15 menang dari 40 perlawanan (37%)
- FC Barcelona: 138 menang dari 181 perlawanan (76%)
- Sepanyol: 5 menang dari 7 perlawanan (71%)
Pihak atasan Arsenal juga berazam mahu memberikan sokongan kepada Emery walau perit menyaksikan permulaan musim baru yang mendukacitakan ini.
Menurut sumber dari akaun twitter Orbinho, statistik kemenangan Arsenal terkini adalah 33%, paling rendah dalam sejarah penglibatan kelab dalam saingan PL
Stan Kroenke (pemilik kelab), Josh (anak Stan), Raul Sanllehi (Ketua Bolasepak), Vinai Venkatesham (Pengarah Pengurusan), dan Eduardo Gaspar (Pengarah Teknikal) menyatakan mereka tiada keinginan untuk menggantikan Emery.
Arsenal kini menduduki tempat keenam liga selepas tewas perlawanan terakhir mereka sebelum rehat minggu perlawanan antarabangsa, dan akan menanti kunjungan Southampton di Stadium Emirates pada 23 November.