Perlawanan bolasepak antarabangsa kembali pada minggu kedua bulan 11 ini, dan yang terakhir untuk tahun ini.
11 orang pemain remaja Arsenal telah dipanggil untuk menyertai skuad remaja England (mengikut had umur) bagi menghadapi perlawanan-perlawanan antarabangsa yang akan datang.
Reiss Nelson |
Reiss Nelson dan Joe Willock dipanggil menyertai skuad bawah 21 tahun untuk menghadapi dua perlawanan kelayakan kejohanan Eropah menentang Albania di Shkoder pada 15 November, dan perlawanan persahabatan menentang Belanda pada Selasa minggu hadapan di Doetincham.
Pemain tengah, Emile Smith Rowe pula menyertai skuad bawah 20 tahun, bersedia untuk beraksi menentang Portugal pada 14 November dan Iceland pada 19 November.
Dua penyerang skuad bawah 18 tahun Arsenal, Tyreece John-Jules dan Bukayo Saka dinamakan dalam skuad bawah 18 tahun bagi menghadapi tiga perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah menentang Luxembourg (13 November), Macedonia Utara (16 November) dan Bosnia-Herzegovina (19 November).
Tyreece John-Jules |
Miguel Azeez |
Penjaga gol remaja, Hubert Grazcyk disertai dua rakan sepasukannya, Miguel Azeez dan Sam Greenwood dalam skuad bawah 18 tahun England untuk menentang Russia (14 November), Norway (16 November) dan Republik Czech (18 November). Kesemua perlawanan ini akan dimainkan di Arena Pinatar, Sepanyol.
Tiga lagi pemain akademi Arsenal dinamakan dalam skuad bawah 17 tahun, iaitu Zane Monlouis, Daniel Oyegoke, dan Charlie Patino untuk aksi perlawanan antarabangsa menentang Denmark pada 15 November dan Republik Czech pada 19 November.
Tags
Akademi
Bukayo Saka
Charlie Patino
Daniel Oyegoke
Emile Smith Rowe
Hubert Grazcyk
Joe Willock
Miguel Azeez
Reiss Nelson
Sam Greenwood
Tyreece John-Jules
Zane Monlouis