Real Madrid telah meletakkan bintang Arsenal sebagai pemain sasaran utama dengan The Gunners mempunyai perjanjian, wang tunai ditambah tawaran pemain yang dicadangkan.
Enam mata ketinggalan dalam perebutan untuk berada dikelompok empat teratas, bukan sahaja peminat malahan pemain sendiri kelihatan kecewa dibawah kendalian Unai Emery yang kelihatan berada di bawah tekanan dengan Arsenal tidak berada di kedudukan yang baik ketika ini.
The Gunners tidak menghadapi untuk menempatkan diri dikalangan enam pasukan teratas dalam saingan Liga Perdana, namun situasi ataupun kedudukan itu bukanlah sesuatu yang diharapkan.
Terlalu banyak perkara yang berlaku ketika ini baik dalaman mahupun luaran Arsenal dan tidak keterlaluan untuk mengatakan terlalu banyak perkara negatif ketika ini.
Pun begitu, disebalik perkara itu, terdapat satu yang positif dimana prestasi yang dipamerkan penyerang pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang.
Penyerang kebangsaan Gabon itu telah merekodkan pencapaian yang sama dengan apa yang dilakukan pada musim lalu, menjaringkan lapan gol dalam 11 perlawanan menjadikannya penjaring gol keempat tertinggi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Dan pencapaian itu mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang penyerang terbaik ketika ini di Eropah.
Persembahan menarik dan konsisten yang dipamerkan beliau itu membuatkan kelab Sepanyol teruja dan tergoda untuk mendapatkan khidmatnya.
Selain Barcelona yang dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Aubameyang, media Sepanyol, El Desmarque turut melaporkan bahawa Real Madrid kini menunjukkan minat terhadap bintang Arsenal ini.
Madrid telah bergelut untuk menjaringkan gol musim ini dan perkara itu merupakan sesuatu yang Florentino Perez sedang berusaha untuk memperbaikinya sebelum terlambat.
Perez mahukan lebih banyak 'dinamit' dalam pasukan dan nama Aubameyang kini telah ditandakan 'merah' (yang merujuk kepada keperluan terdesak) menurut laman web itu.
Masa depan Auba ketika ini bersama Arsenal menjadi persoalan selepas begitu kuat dikaitkan dengan rumors perpindahan ekoran persembahan buruk The Gunners musim ini.
Dan satu lagi kempen mengecewakan jika menamatkan saingan tanpa trofi kejuraan ataupun beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara akan menjadi 'titik noktah' buat penyerang ini bersama Arsenal.
Aubameyang dilaporkan mempunyai persetujuan dengan Arsenal dimana jika beliau mahu meninggalkan Emirates, mereka akan 'mengkaji' mana-mana tawaran yang masuk, dengan The Gunners menuntut €80juta dalam senario itu.
Manakala Madrid pula nampaknya enggan membayar jumlah tersebut kerana mereka kemungkinan menggunakan James Rodriguez untuk menurunkan harga itu.
Pemain Colombia itu merupakan pemain yang 'disukai' Unai Emery dan Arsenal 'akan menantikan' pemain itu menyertai The Gunners setelah cuba menandatanganinya musim panas lalu.
El Desmarque tidak menyatakan nilai ataupun harga untuk Rodriguez, walaupun mereka sebelum ini menilai pemain itu pada €65 juta, jadi itu mungkin nilai yang mereka rasakan terlibat dalam sebarang langkah melibatkan Aubameyang.
Sebenarnya situasi tersebut kelihatan sedikit rumit dan tidak dapat diterima, namun mengambil kira keinginan Aubameyang secara terbuka menyatakan untuk menyertai Madrid pada masa lalu, hubungan Arsenal yang yang berminat terhadap Rodríguez, dan situasi yang melanda kedua-dua pemain di kelab-kelab masing-masing ketika ini, ianya sesuatu yang perlu diberi perhatian.
Dan tidak mustahil untuk perpindahan dan pertukaran pemain ini terjadi.