Luis Suarez adalah satu-satunya pemain yang diiktiraf No.9 di Barcelona dan kontrak pemain Uruguay itu di Camp Nou bakal berakhir pada 2021.

Juara La Liga cuba membawa penyerang pada musim panas untuk memberikan persaingan dan kemudian menjadi pengganti Suarez di kelab, tetapi mereka masih gagal dalam usaha tersebut.

Pun begitu, ianya tidak mematikan hasrat dan usaha itu apabila dilaporkan bahawa mereka masih dalam pasaran untuk mencari pengganti penyerang mereka.

Wartawan Juanfe Sanz memberitahu El Chiringuito bahawa kelab Catalan itu telah mengenal pasti bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang sebagai sasaran.
La Sexta pula telah memberikan lebih banyak maklumat mengenai apa yang diperkatakan oleh Sanz tentang pemain antarabangsa Gabon.

Dia mendakwa Ernesto Valverde 'sangat berminat' terhadap penyerang The Gunners, malah akan mempertimbangkan pilihan yang ada untuk menandatanganinya (Auba) pada jendela perpindahan musim sejuk (Januari).

Aubameyang, 30, berbaki 18 bulan dalam kontraknya di Emirates pada bulan Januari dan wartawan itu percaya harga permintaan adalah 'tidak akan terlalu tinggi' buat pemain tersebut.

Sanz juga menambah terdapat klausa dalam kontrak pemain yang membolehkan Auba meninggalkan Arsenal, jika mereka gagal layak ke Liga Juara-Juara.

Sementara itu, Lucas Torreira juga dikaitkan dengan perpindahan setelah dilaporkan akan berunding besama pihak pengurusan Arsenal minggu depan, dengan AC Milan dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Semenatara Fenerbahce pula sedia menerima Ozil sekiranya pemain Arsenal itu mahu menyertai mereka pada musim depan.


Walaupun laporan El Chiringuito itu serta ulasan wartawan tersebut mengatakan bahawa kontak Aubameyang mengandungi klausa mengenai potensi Arsenal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara,
namun agak sukar untuk mempercayainya kerana The Gunners sudah tiga musim tidak beraksi dalam saingan tersebut.

Sekiranya benar terdapat klausa tersebut, sudah pasti, Auba telah lama menyatakan hasrat beliau untuk berpindah.

El Chiringuito boleh menjadi 'mengarut' dengan tuntutan mereka itu dan ada banyak yang perlu dipersoalkan di sini.

Barca tidak boleh terus membelanjakan dengan sewenang-wenangnya untuk mendapatkan pemain ataupun penyerang tambahan tanpa melepaskan beberapa pemain, mereka tidak mempunyai dana yang diperlukan, atau ruang (kekosongan) untuk melakukannya.

Apa-apapun, semoga ianya tetap kekal sebagai rumors ataupun khabar angin semata-mata.

Post a Comment

Previous Post Next Post