SEJAK beberapa hari kebelakangan ini, banyak pihak bercakap mengenai minat Wolverhampton terhadap Dejan Kulusevksi.
Pemain muda Atalanta yang kini dipinjam ke Parma, sedang menikmati masa yang 'indah' dalam Serie A setakat ini, menjaringkan dua gol dan menghasilkan lima bantuan gol dalam 11 perlawanan.
Perkembangan itu membuatkan dirinya menjadi perhatian beberapa pihak dalam dan luar (Serie A) untuk mendapatkan khidmatnya.
Perkembangan itu membuatkan dirinya menjadi perhatian beberapa pihak dalam dan luar (Serie A) untuk mendapatkan khidmatnya.
Wolves sebelum ini dilaporkan sedang mengejarnya dengan tuntutan mengatakan bahawa mereka 'mendahului Arsenal' dengan rancangan tawaran berjumlah € 15 juta.
Pihak Wolves sudah bersedia, dahului Arsenal dengan tawaran € 15 juta: PASUKAN Wolves… https://t.co/Mj97wEUoEw— MyGooners (@MyGooners1886) November 5, 2019
Walau bagaimanapun, perlumbaan mendapatkan pemain tersebut belum berakhir buat pihak Unai Emery, kerana Gazzetta dello Sport mendakwa Arsenal masih berada di 'depan' dikalangan mereka yang berminat, sejak musim panas lalu.
Ini semua datang sebagai sebahagian daripada artikel itu mengenai kepentingan Inter terhadap pemain Serbia itu, kerana mereka menjelaskan Atalanta menilai permata mereka itu pada harga sekitar € 30 juta.
Laporan Gazzetta dello Sport bertarikh 8 November 2019. |
Dikatakan bahawa pasukan Serie A itu boleh 'mempercepat' proses untuk mengalahkan persaingan lain untuk mendapatkan pemain penyerang serba boleh itu, yang 'dijangka bakal menguasai arena bolasepak dalam beberapa tahun akan datang'.
Sekiranya € 30 juta adalah apa yang mereka (Atlanta) mahukan, maka Arsenal sudah tentu mampu untuk mengeluarkan belanja tersebut memandangkan The Gunners sebelum ini membayar dua kali ganda daripada nilai itu untuk mendapatkan Nicolas Pepe pada musim panas.
Pun begitu, ianya banyak bergantung kepada pencapaian Arsenal musim ini adakah layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.
Arsenal ketika ini begitu kuat dikaitkan dengan beberapa pemain yang mahu meninggalkan Emirates dan sekiranya ianya terjadi, sudah pasti dana tersebut mampu digunakan untuk mendapatkan pemain muda ini.
Namun memandangkan Dejan Kulusevksi sedang dipinjamkan sehingga akhir musim, sebarang perpindahan hanya akan terjadi pada akhir musim ini dan pada musim panas depan.