Lucas Vazquez tolak peluang berpindah ke Arsenal dan Manchester United pada musim panas lepas

Pemain sayap Real Madrid, Lucas Vazquez dilaporkan telah menolak tawaran perpindahan ke Manchester United dan Arsenal pada musim panas lepas, memilih untuk kekal di Bernabeu.



Pemain berusia 28 tahun ini jarang diturunkan di Madrid, dan pada musim ini, di bawah pengurusan Zinedine Zidane, dia hanya disenaraikan dalam kesebelasan utama dalam empat dari 12 perlawanan La Liga.

Ini menunjukkan dia sekadar menjadi pemain sampingan di Madrid, namun menurut laporan Cadena Ser, dia mahu kekal untuk bersaing mendapatkan tempatnya berbanding berpindah ke Manchester United, Arsenal dan juga Bayern Munich.

Dia bermain dalam 47 perlawanan dalam semua kejohanan pada musim lepas, menjaringkan lima gol dan assist sebanyak empat kali.

Lucas Vazquez sudah bersama dengan Real Madrid sejak tahun 2007 ketika berusia 16 tahun, dan sudah bermain dengan pasukan setiap peringkat umur sehingga berjaya membuat debut skuad senior pada September 2015.

Dia juga pernah bermain dengan Espanyol secara pinjaman sepanjang musim 2014/15.

Newcastle United, AS Roma, dan Bayer Leverkusen kini sedang memantau perkembangan pemain kelahiran A Coruna ini 

Dia dianggar bernilai sekitar £17 juta, dan nilai ini mungkin berguna untuk digunakan Zidane dalam pasaran pemain yang akan datang.

Jika Unai Emery masih kekal di Arsenal pada musim hadapan, tidak mustahil dia akan membawa pemain sayap lincah ini ke Stadium Emirates seperti yang dia telah lakukan terhadap Dani Ceballos musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post