Retak menanti belah? Mengapa harus begini nasib Arsenal...

DENGAN situasi sukar yang dihadapi Arsenal ketika ini dalam mempamerkan prestasi terbaik dan menyakinkan, kita semua dikejutkan dengan status Instagram Aubameyang, kapten pasukan yang baru dilantik.

Tindakan Pierre-Emerick Aubameyang yang menghantar mesej 'memberi amaran' kepada rakan sepasukan The Gunners yang tidak senang dengan tindakannya yang rapat dan berkawan dengan salah seorang ahli krew Arsenal Fan TV (AFTV), mencetuskan kerisauan terbaru mengenai krisis dalaman kelab ketika ini.

Sebelum ini, Arsenal mengalami krisis dalam selepas Unai Emery melucutkan jawatan Granit Xhaka selaku kapten pasukan dan digantikan dengan Rob Holding dalam senarai lima kapten yang diinginkan pengendali The Gunners itu.

Dan beliau (Emery) turut mempromosikan Aubameyang menjadi kapten pertama Arsenal selepas pengguguran Xhaka dari peranan tersebut.

Hubungan 'mesra' Auba bersama Troopz, yang merupakan salah seorang watak penting dalam menyumbang kepada saluran YouTube, AFTV dikatakan tidak disenangi oleh beberapa rakan-rakan sepasukan Arsenal yang lain.

Lantaran itu, mesej yang disampaikan Auba itu turut mencetuskan kerisauan terbaru dalaman Arsenal dimana tindakan penyerang Gabon itu bagaikan mencipta 'perang dingin' dikalangan pemain.

Jika sebelum ini (sebelum dilantik menjadi kapten), beliau dilihat telah menyukai (like) pada tampalan AFTV yang mengkritik Emery dan juga Xhaka, tindakan terbaru beliau yang bergambar bersama Troopz, bagaikan 'mencurah minyak ke dalam api'.

Memahami situasi tidak stabil ketika ini, tindakan Auba menyukai (like) yang mengkritik pasuskan dilihat bercanggah dengan pendirian pemain-pemain Arsenal yang lain.

Sepatutnya Auba, selaku pemain dan kapten pasukan seharusnya berdiri teguh bersama rakan-rakan sepasukan dan menghormati pengendali pasukan, bukannya terikut-ikut (melayan) kerenah serta kehendak penyokong pada laman sosial.

Beliau juga seharusnya menghormati keputusan pemain Arsenal yang lain, selain harus membina keyakinan dan mendorong (memberi sokongan) kepada ahli pasukan yang lain.

Tindakan Auba yang mesra bersama AFTV juga disifatkan sebagai 'jalan selamat' daripada menerima kecaman dan keritikan daripada saluran tersebut, yang sememangnya terkenal dengan  laporan yang 'menghentam' pasukan daripada membina rasa cinta kepada pasukan ataupun memberi sokongan bagi melihat kejayaan Arsenal.
Boleh dikatakan bilik persalinan Arsenal kini 'terbahagi' kepada dua blok, dengan ada yang menyokong atau menyebelahai Aubameyang dan sekumpulan lagi yang tidak menggemari penyerang dan kapten pasukan itu.

Sudah pasti situasi ini amat merugikan pasukan, terutama Arsenal ketika ini bagaikan dilanda 'pelbagai' krisis, semenjak bermulanya musim ini.

Situasi ini juga menjelaskan dimana pengendali Arsenal, Unai Emery gagal mengawal isu dalaman melibatkan pemain dan bagaikan hilang kawalan terhadap mereka.

Sesuatu yang difikirkan adalah patut diselesaikan segera oleh Emery bagi mengembalikan prestasi terbaik Arsenal dengan menyelesaikan isu dalaman melibatkan pemain-pemain The Gunners sebelum menyelesaikan isu di atas padang.

Post a Comment

Previous Post Next Post