Lupakan Jose Mourinho, Ljungberg sedia mengambil alih The Gunners sekiranya Emery dipecat.

PEMBANTU Emery, Ljungberg bakal menjadi 'caretaker', peranan sementara jika Arsenal memecat Emery.


Freddie Ljungberg akan dilantik sebagai pengurus/pengendali sementara Arsenal sekiranya kelab memutuskan untuk 'bercerai' dengan Unai Emery, menurut laporan.

Keputusan seri 1-1 Sabtu lalu dengan Wolves di Emirates menyaksikan Arsenal kini semakin jauh dalam perebutan empat teratas liga.

Skuad bimbingan Emery kini berada di tangga ke-5 liga dengan perbezaan enam mata dengan Chelsea yang menduduki tangga ke-4 liga.


Arsenal kini gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir liga dan ini membuatkan tekanan terhadap Emery semakin meningkat, lebih-lebih lagi selepas sering kali keciciran mata dalam menempatkan diri dikalangan empat teratas liga.

Emery musim ini perlu membawa Arsenal layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan dan bagi menrealisasikan matlamat itu, pihak pengurusan The Gunners telah banyak mengeluarkan belanja dalam membeli dan membawa pemain-pemain yang mampu membantu pengendali itu.
Selepas rumors kuat mengatakan bahawa Emery akan dipecat dalam beberapa minggu lagi serta mungkin selepas perlawanan menentang Leicester CityIndependent telah melaporkan bahawa Ljungberg akan ditawarkan peranan sementara (caretaker) jika kelab memutuskan untuk memecat pengendali itu.

Some sources say assistant Freddie Ljungberg is ready to step in as a caretaker, but they don’t plan on using that contingency. Then again, they didn’t plan a return like this, even if Emery somehow intended a tactical plan like this.
--Independent

Bekas pemain tengah Arsenal ini telah bekerja di kelab sebagai penolong jurulatih pasukan utama yang juga merupakan pembantu kepada Unai Emery.


Ljungberg sebelum ini bertugas dengan pihak pembangunan kelab dan bekas pemain Arsenal berusia 42 tahun itu mungkin terpaksa membuktikan kehebatan beliau dalam mengendalikan pasukan utama setelah turut mendapat restu sebahagian penyokong The Gunners yang mahu melihat beliau diberikan peranan terhadap skuad senior.
Spekulasi telah muncul bahawa Jose Mourinho telah menyatakan minatnya dalam peranan tersebut (pengendali Arsenal) sekiranya ia tersedia, bekas pengurus Chelsea dan Manchester United itu berminat untuk peranan dalam Liga Perdana Inggeris setelah beliau membuat keputusan untuk kembali ke arena pengurusan.
Laporan telah mencadangkan bahawa Mourinho telah mengadakan rundingan dengan pihak pengurusan Arsenal mengenai kemungkinan untuk menggantikan Emery, walaupun dakwaan ini telah ditolak mengikut Evening Standard.

Now, according to the Times, Arsenal’s head of football Raul Sanllehi has ‘dined’ with the 56-year-old and is said to have been ‘impressed with his plans for the squad’.
-- The Football Faithful.

Arsenal have distanced themselves from claims head of football Raul Sanllehi has met with Jose Mourinho amid mounting speculation over the future of head coach Unai Emery.
-- Evening Standard

Manakala The Mirror melaporkan bahawa pihak pengurusan Arsenal akan tetap bersama dengan Emery, walaupun bekas pengendali Sevilla itu hanya diberikan sebulan untuk memperbaiki prestasi dan kedudukan Arsenal atau menghadapi pemecatan.

Unai Emery given month to save Arsenal job as pressure mounts
--The Mirror

Arsenal akan beraksi dalam saingan Liga Europa malam ini dengan berkunjung ke Portugal untuk  menentang Vitoria Guimaraes, sebelum melakukan perjalanan sekali lagi ke tempat lawan untuk perlawanan kritikal menentang Leicester City dbagi aksi Liga Perdana pada Sabtu ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post