Perlawanan seterusnya Arsenal, menentang Vitoria bagi saingan Liga Europa.

Unai Emery merehatkan Mesut Ozil, Aubameyang dan Calum Chambers bagi menghadapi Vitoria malam ini.


Berdepan pasukan kelab dari Portugal, Vitoria SC jam 11.50 malam ini, Arsenal dilihat tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan keempat bagi saingan Liga Europa, peringkat kumpulan.

Walaupun prestasi semasa The Gunners tidaklah begitu menyakinkan, namun beraksi dalam saingan Liga Europa, anak buah Emery jelas dilihat lebih bertenaga selain corak permainan juga sedikit berbeza jika dibandingkan dengan perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Arsenal masih utuh dengan tiga kemenangan dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan (Kumpulan F) manakala lawan mereka, Vitoria pula berada di tangga tercorot kumpulan ketika ini, tanpa sebarang kemenangan dan juga mata.



Pun begitu, beraksi dilaman lawan, ianya bukanlah sesuatu yang patut dipandang ringan buat pengendali Arsenal walaupun berjaya mengumpul mata maksimum setakat ini (9 mata dari 3 perlawanan).

Emery masih membawa beberapa pemain skuad utama iaitu Lacazette selain Ceballos, Pepe dan Guendouzi manakala merehatkan penjaring terbanyak Arsenal setakat ini, Aubameyang serta Ozil.

Mengejutkan apabila nama Calum Chambers tidak berada didalam senarai pemain yang dibawa Emery bagi perlawanan ini dan ini mungkin menjelaskan bahawa khidmat pertahanan tengah itu bakal digunakan bagi perlawanan liga hujung minggu ini, yang dilihat lebih kritikal berbanding perlawanan malam ini.


Arsenal bakal berkunjung ke King Power pada Ahad ini menentang pasukan yang menghuni tangga ke-3 Liga Perdana Inggeris, Leicester City.

Post a Comment

Previous Post Next Post