Mesej Unai Emery kepada BOD Arsenal selepas kekalahan kepada Leicester.

Unai Emery menghantar mesej kepada pihak pengurusan (BOD) Arsenal selepas mengalami kekalahan kepada Leicester.

Pengurus Arsenal, Unai Emery telah meminta semua pihak yang berkaitan dengan kelab untuk bertenang selepas kekalahan 2-0 kepada Leicester awal pagi tadi.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyifatkan perlawanan itu sebagai perlawanan 'mesti menang' pada sidang media yang dilangsungkan Jumaat lalu, tetapi aksi The Gunners yang 'kurang mengancam' menyebabkan kekecewaan pada perlawanan menentang Foxes.

Gol separuh kedua dari Jamie Vardy dan James Maddison memastikan jurang antara kedua-dua kelab melebar ke sembilan mata menuju ke kejohanan Liga Juara-Juara musim depan.

Skuad kendalian Emery hanya berjaya mencatatkan hanya satu percubaan tepat pada sasaran dalam tempoh 90 minit dan kekalahan itu juga menyaksikan Arsenal gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam empat perlawanan liga terakhir setakat ini.

Perlawanan itu juga disaksikan oleh dua watak penting dalam merencanakan kebangkitan Arsenal iaitu Edu dan Raul Sanllehi dan jelas sekali kehadiran mereka berdua itu dengan 'muka ketat' setelah menyaksikan kekalahan The Gunners.

Emery pada sidang media selepas perlawanan tersebut telah memohon kesabaran terhadap apa yang cuba dilakukannya terhadap Arsenal setakat ini.

"Saya bercakap dengan kelab untuk kekal kuat dan pulih," katanya.

"Kami juga mempunyai pemain muda yang membesar dengan kami.

"Saya tahu kami menerima kritikan tetapi saya telah menghadapinya sebelum ini dan saya berjaya pulih.

"Saya terima semua kritikan. Ia adalah perkara biasa. Hari ini kita melakukan satu langkah ke depan dengan mempertahankan lebih baik .

"Pada akhirnya, keputusan yang buruk. Sebelum gol pertama, kami berada di perlawanan [mampu bersaing] dan pada babak kedua, kami mula menekan dan mencipta peluang tetapi mereka berada dalam momen yang baik dan mereka menang.

"Setiap pemain mempamerkan sikap yang baik. Sekarang adalah masa untuk berehat dengan rehat antarabangsa.

"Saya pasti kami akan bertambah baik selepas itu. Kita perlu mencapai [kemenangan], di laman sendiri, yakin dan kuat.


"Kami tidak kalah [banyak permainan] tetapi kami banyak seri, itulah yang penting untuk carta [liga], tetapi saya fikir kami boleh mencapai keseimbangan untuk menjadi lebih kuat dan menjadi lebih baik dalam perlawanan ini [baki perlawanan].'

Post a Comment

Previous Post Next Post