Selamatkan Arsenal dengan selamatkan Aubameyang dan Lacazette, pihak pengurusan harus segera bertindak.

ARSENAL terus dirundum malang apabila tewas 2-0 dilaman lawan ketika menentang Leicester awal pagi tadi.


Perlawanan yang boleh disifatkan 'mesti menang' buat Emery setelah tekanan semakin meningkat untuk melihat pengendali itu dipecat ekoran prestasi hambar dan mengecewakan.

Arsenal, bukanlah calang-calang pasukan walaupun tidak memengangi gelaran Eropah, namun ianya berjaya dibentuk untuk menjadi sebuah pasukan besar yang digeruni serta dihormati bukan sahaja diperingkat domestik mahupun Eropah malah mungkin juga dunia.

Kehadiran bekas pengendali PSG, Unai Emery dilihat bukan sahaja gagal untuk mengembalikan kekuasaan dan kecemerlangan The Gunners, malah ianya dilihat semakin menghancurkan pasukan.

The Gunners sebelum ini begitu sukar untuk berbelanja mewah dalam membawa pemain-pemain handalan serta ternama dunia, namun setelah pemergian pengurus lagenda, Arsene Wenger, pihak pengurusan telah memberikan 'kemewahan' kepada Emery dan barisan pengurusan untuk membawa pemain bagi mengembalikan kegemilangan yang pernah dikecapi sebelum ini.

Wenger mengundur diri setelah tekanan begitu kuat terhadapnya dan merasakan ianya bakal menjahanamkan kelab, beliau akhirnya mengundurkan diri demi kepentingan The Gunners.

Ya, Wenger tidak sanggup melihat Arsenal dihancurkan oleh peminat dan penyokong sendiri yang hilang sabar terhadap prestasi pasukan.

Melihatkan Arsenal ketika itu (dibawah Wenger pada musim-musim terakhir) peminat dan penyokong malah terdapat beberapa lagenda serta bekas pemain menyarankan agar sesuatu perlu dilakukan segera bagi menyelamatkan pasukan yang pernah menjuarai liga tanpa mengalami sebarang kekalahan pada satu ketika.

Dan kini, memasuki musim kedua Arsenal dikendalikan Unai Emery, sekali lagi senario itu berulang.

Harus diingat ianya bukan senang untuk membina pasukan serta menarik minat buat pemain-pemain untuk menyarung jersi Arsenal, dan ianya juga bukanlah murah.

Kegagalan Arsenal beraksi musim depan dalam saingan tertinggi kelab bolasepak Eropah, Liga Juara-Juara (UCL) pasti memberi kesan besar kepada pasukan.

Bukan sahaja untuk menarik (membeli pemain baharu) malahan ianya juga memberi kesan yang amat besar kepada pemain sedia ada The Gunners.

Mampukah kita semua bersabar dalam mengharungi tempoh pembinaan dan pembentukan semula pasukan yang berdaya saing?

Berapa lama tempoh yang diperlukan?

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Wenger telah meninggalkan pemain-pemain yang mampu untuk memberi saingan dalam liga domestik mahupun Eropah, cuma hanya perlu mengukuhkan beberapa posisi dengan kemasukan beberapa pemain sahaja.

Emery jelas gagal dalam melaksanakan tugas tersebut dan ini juga turut diakui oleh lagenda kelab, Ian Wright.

Legenda Arsenal itu sering muncul dalam rancangan Match of the Day, menganalisa perlawanan dan beliau juga mempunyai saluran YouTube yang semakin berkembang.

Dan beliau telah mengeluarkan pandangannya di halaman Twitter rasminya setelah kekalahan 2-0 Arsenal terhadap Leicester City.

Jamie Vardy dan James Maddison menjaringkan gol untuk memberikan Foxes tiga mata dan meninggalkan The Gunners lapan mata, jurang yang begitu besar untuk mengejar empat teratas dalam Liga Perdana Inggeris.

Kekalahan itu menyaksikan Arsenal kini berada ditangga keenam liga sementara Leicester City pula naik ke tangga kedua liga.


Malah kekalahan kepada Leicester City itu juga menyaksikan Arsenal gagal mencipta sebarang kemenangan dalam empat perlawanan terakhir liga.

Perkembangan ini turut membuatkan Ian Wright gusar terhadap masa depan bukan hanya Emery, tetapi dua bintang kelab, Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette.

Kontrak Aubameyang berakhir pada 2021, manakala Lacazette pula akan berakhir pada 2022 dan pihak pengurusan The Gunners cuba untuk mengikat mereka berdua dengan perjanjian baharu untuk tempoh lebih lama, namun masih gagal setakat ini.

Kerisauan Wright mengenai kedua-dua pemain itu akan meninggalkan Arsenal semakin meningkat setelah menyaksikan situasi The Gunners yang semakin parah.

Dalam status Twitter yang dimuat naik, Wright membayangkan bahawa Emery perlu dipecat demi menyelamatkan Arsenal.

"Satu percubaat tepat pada sasaran malam ini!!!  2 kemenangan dalam 10 perlawnaan liga. Tidak ada gaya tetap atau pelan. Perbezaan gol negatif. Tidak ada kemajuan dalam pertahanan. Tidak menciptakan apa-apa. Mengapa harus Laca atau Auba memperbaharui? Tidak dapat menyalahkan mereka. Kita perlu membuat keputusan yang sukar Arsenal! Ia tidak menjadi lebih baik! "
Sudah pasti kita selaku penyokong dan peminat Arsenal berasa sedih untuk melihat mereka berdua atau salah seorang meninggalkan Arsenal.

Dan sudah pasti kita juga akan melihat lebih lama masa diambil untuk kembali membentuk pasukan setelah ketiadaan mereka.

Ayuh Arsenal...bangkitlah ataupun buatlah sesuatu yang mampu mengembalikan kegemilangan Arsenal.

Emery bukanlah orangnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post