Para penyokong kelab sanggup menderma wang sendiri bagi menyelamatkan kelab kesayangan mereka

Para penyokong kelab Tunisia, Club Africain telah menderma lebih dari £350,000 dalam masa sehari dalam usaha mereka menyelamatkan kelab kesayangan mereka yang sedang menghadapi masalah kewangan.

Kelab kedua tertua di Tunisia ini dan juga salah satu kelab yang dikenali di Afrika, telah dipotong enam mata dan dihukum dari segi kewangan kerana kegagalan membayar gaji bekas pemain-pemain mereka.


MAKLUMAT RINGKAS CLUB AFRICAIN


  • Ditubuhkan: Oktober 1920 
  • Kejuaraan dimenangi: 
    • Juara Liga Tunisia (13x)
    •  Juara Piala Tunisia (13x)
    • Juara Piala Super Tunisa (3x) 
    • Juara Liga Juara-Juara CAF (1x) 
Dalam usaha menyelamatkan kelab yang ditubuhkan pada 1920 ini, Persatuan Bolasepak Tunisia (FTF) telah membentuk satu jawatankuasa pengurusan krisis bagi menyelamatkan mereka dari hukuman-hukuman yang akan datang.

Pada Oktober lepas, FTF telah membuat satu akaun bank yang membolehkan para peminat menyumbang wang mereka untuk menghapuskan hutang kelab.

Jumlah sumbangan setakat ini termasuk kiraan pada hari Selasa lepas adalah lebih daripada 1 juta US Dollar ke arah jumlah hutang yang diletakkan oleh persekutuan yang dianggar mencecah 6 juta US Dollar.
Penyokong-penyokong kelab gembira dapat membantu kelab kesayangan mereka
Dalam kempen 24 jam itu, seorang kanak-kanak telah tiba membawa tabung simpanan dan seorang penyokong yang buta telah memberikan sebahagian wang simpanannya (yang mahu digunakan untuk perubatannya) kepada kelab, dan niat dan usaha mereka telah diiktiraf dengan pemberian jersi yang telah ditandatangani pemain.

Sumber: BBC Sport

Post a Comment

Previous Post Next Post