Punca utama perlawanan Europa League Vitoria lawan Arsenal diawalkan ke hari Rabu.

Arsenal akan menentang kelab Portugal, Vitoria Guimaraes dalam perlawanan keempat kumpulan F Europa League 2019/20 pada petang Rabu minggu ini (Rabu malam waktu Malaysia).

Ramai penyokong Arsenal lebih tertumpu ke perlawanan peringkat Eropah memandangkan prestasi semasa kelab di Premier League (PL) sangat tidak memberangsangkan pada minggu ini.

Arsenal melepaskan tujuh mata dari tiga perlawanan terakhir liga mereka, termasuk tewas 1-0 ke atas pasukan baru naik liga, Sheffield United pada minggu lepas.

Namun, anak buah Unai Emery agak cemerlang dalam perlawanan peringkat Eropah, mencatat tiga kemenangan dalam tiga perlawanan pertama peringkat kumpulan, dan kini menduduki tempat pertama dalam kumpulan mereka.

The Gunners hanya memerlukan satu mata untuk layak ke pusingan seterusnya. Tetapi tidak mungkin Arsenal mahu mencatat hanya keputusan seri dalam perlawanan ini kan?

Tetapi, persoalan kini timbul kenapa Arsenal bermain pada petang Rabu, dan bukan pada hari Khamis, jadual perlawanan biasa bagi perlawanan Europa League?

Isu ini sudah sedia maklum oleh pihak kelab sewaktu undian peringkat kumpulan dibuat pada bulan September yang lalu.

Sebab utama perlawanan ini diawalkan sehari berbanding perlawanan-perlawanan Europa League yang lain adalah kerana lokasi perlawanan tersebut.

Jarak antara Stadium Vitoria (Estadio D.Afonso Henriques) dengan kelab seteru tempatan, Braga hanyalah 15 batu (24KM). 

Dan Braga akan menjadi tuan rumah dalam perlawanan kumpulan K menentang Besiktas pada hari Khamis nanti di Stadium Braga Municipal.

Pihak polis Portugal telah melarang dua pasukan dari satu kawasan bermain pada malam yang sama kerana beban dan kerahan tenaga yang melebihi dari sumber tenaga yang mereka ada.

Lebih kurang 24KM sahaja jarak antara Vitoria dan Braga
Dan masa perlawanan telah diawalkan ke pukul 3:50 petang (waktu tempatan) kerana UEFA tidak mahu perlawanan tersebut bertembung dengan lapan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah yang dimainkan pada petang yang sama.

Pertemuan pertama kedua-dua kelab ini pada dua minggu lalu di Stadium Emirates berakhir dengan kemenangan 3-2 Arsenal ke atas lawannya, hasil dua jaringan gol sepakan percuma daripada Nicolas Pepe.

Walau dua kali ketinggalan sebelum rehat separuh masa pertama, rekod pembelian pemain Arsenal tersebut berjaya menjaringkan dua gol pada lewat perlawanan untuk memastikan tiga mata kekal di London.

Saksikan perlawanan keempat Europa League antara Arsenal dan Vitoria pada pukul 11:50 malam ini (waktu Malaysia), siaran langsung Astro BeIN Sports Channel 819!

Post a Comment

Previous Post Next Post