Unai Emery dedahkan mengapa beliau keluarkan Mesut Ozil ketika aksi menentang Liverpool.

Unai Emery jelaskan mengapa beliau mengeluarkan Mesut Ozil semasa perlawanan Piala Carabao, Arsenal menentang Liverpool.

Mesut Ozil buat kali pertama setelah lebih sebulan 'diperamkan' akhirnya membuat penampilan dan bermula dalam kesebelasan utama The Gunners ketika menentang Liverpool awal pagi semalam.

Dan pada perlawanan tersebut, aksi beliau sangat terkesan untuk Arsenal dengan memainkan peranan penting dalam dua daripada lima gol dihasilkan The Gunners.
Walaupun bermula dalam kesebelasan utama Arsenal, namun tindakan Emery yang mengeluarkan Ozil pada minit ke-65 membuatkan peminat dan penyokong The Gunners mempersoalkan langkah yang dilakukan pengendali tersebut.

Pun begitu, dalam laporan semalam, Emery menjelaskan bahawa tindakan beliau itu telah diputuskan sebelum perlawanan bermula bagi mengelakkan Ozil mengalami keletihan.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 5-5 sebelum diputuskan melalui penentuan sepakan penalti yang berpihak kepada tuan rumah, Liverpool untuk mara ke peringkat suku akhir.

Ditanya mengenai prestasi Ozil dan penggantian yang mengejutkan itu, Emery berkata: "Dia bermain sangat baik. Dia menggunakan kemahirannya untuk membantu pasukan dan sentiasa positif.

"Penggantian itu diputuskan sebelum perlawanan supaya dia tidak letih."

Walau apa pun alasan yang diberikan Emery, bagi peminat tindakan beliau itu jelas merugikan pasukan selepas mendahului lawan 4-3 (ketika mengeluarkan Ozil).

Menimbulkan lagi kemarahan peminat apabila Emery turut mengeluarkan Lucas Torreira yang mana selepas ketiadaan dua pemain itu ( Ozil dan Torreira) membuatkan Arsenal kehilangan rentak dan gagal mengekang asakan lawan yang seterusnya menghukum The Gunners dengan gol penyamaan Origi di minit-minit akhir masa tambahan.

Perlawanan seterusnya Arsenal adalah menentang Wolves di laman sendiri jam 11 malam esok (waktu Malaysia).

Post a Comment

Previous Post Next Post