Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1441H


Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca MyGooners.

Begitu lama laman ini tidak dikemas kini dan ia hampir mencecah setengah tahun selepas posting terakhir dibuat.

Mengapa?

Ini kerana domain mygooners.com telah di ban oleh Facebook kerana dikatakan melanggar peraturan yang ditetapkan mereka - against community standard serta dikatakan spam.

Pun begitu, setelah beberapa kali (beberapa bulan) rayuan dibuat, akhirnya awal bulan ini (April 2020) mereka telah membebaskan mygooners.com dari penjara mereka.

Syukur dan terima kasih.

Sepanjang tempoh kami dipenjarakan oleh Facebook, laman baharu dibangunkan iaitu MyGooners.My dan di situlah tempat kami menghasilkan artikel dan juga berita mengenai bolasepak, khususnya mengenai Arsenal.

Sempena, bulan mulia ini, kami memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang kami lakukan baik secara sedar mahupun tidak.

Dan kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca MyGooners.

Terima kasih kerana terus menyokong kami.

Sekian,

Terima Kasih

We Are The Arsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post