Anak didik Jack Wilshere jadi sasaran Arsenal.

 

Arsenal berminat untuk menandatangani penyerang ‘istimewa’ yang belajar dari Jack Wilshere.

Menurut The Sun, Arsenal mendahului perlumbaan untuk menandatangani pemain wonderkid Bournemouth, Ajani Burchall yang telah menarik perhatian ramai pihak walaupun beraksi dalam Kejuaraan (Championship).

Pemain berusia 16 tahun itu telah membuat debut pasukan pertamanya untuk Cherries, yang masuk pada minit-minit terakhir perlawanan menentang Huddersfield.

Burchall hanya bermain tiga minit dalam kemenangan 5-0 ke atas The Terriers pada 12 Disember, tetapi masih berjaya melakukan dua tendangan bebas sebagaimana direkodkan WhoScored.

Perkembangan itu menjadikan Burchall menjadi pemain muda ketiga Bournemouth yang berjaya membuat penampilan, namun dia telah menolak perjanjian biasiswa bersama Cherry dan sekarang akan 'berhijrah' ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim panas ini. 
 
Arsenal pula dilaporkan sedang memimpin perlumbaan untuk menandatangani pelajar sekolah itu, yang turut mengagumkan rakan sepasukan dan kapten pasukannya, Steve Cook.

Sebagaimana dipetik Daily Echo, kapten Bournemouth itu mengatakan: “Anda dapat melihat betapa istimewa pemain itu.

"Penglibatan pertamanya sangat mengagumkan, memotong pemain dan memenanginya. 

"Untuk seorang pemain berusia 16 tahun, kesedaran dan pengetahuan itu, saya fikir kelab ini telah menghasilkan pemain yang sangat baik. " 

Burchall juga cukup bernasib baik kerana dapat belajar dari bekas maestro Arsenal, Jack Wilshere di Stadium Vitality . 

The Athletic mengatakan bahawa kembalinya pemain antarabangsa England itu ke Bournemouth telah membuatkan taraf kelab secara keseluruhnya meningkat naik. 

Juga, mereka (The Athletic) memetik nama Burchall sebagai seseorang yang ‘tidak dinafikan’ mempercayai kemampuan diri selain mampu memenuhi cita-cita kelab.

Ini adalah berita yang sangat menggembirakan untuk The Gunners kerana berpeluang menandatanganinya, setelah menolak tawaran biasiswa daripada Bournemouth.

Sekiranya Arsenal berjaya menandatangani pemain remaja itu, dia akan diserapkan ke dalam pasukan yang mana pemain-pemain muda diberi kepercayaan untuk bersaing dan beraksi dalam saingan EPL.

Mikel Arteta sudah membuktikan ini, setelah memberikan peluang kepada pemain muda seperti Bukayo Saka, Emile Smith Rowe, Eddie Nketiah dan Joe Willock sejak menggantikan Unai Emery.

Sebelum ini, laporan Daily Mail mendedahkan pemain muda yang kini beraksi bersama Manchester United, Joe Hugill menolak Arsenal dan Tottenham Hotspur pada musim panas lalu kerana faktor corak pemainan.

Bekas pemain Sunderland ini mengatakan: "Peluang bermain untuk United sangat gila dan mengujakan.

"Anda mesti memikirkan bolasepak anda. 

"United sangat sesuai dengan gaya saya. 

"Di Sunderland, ia lebih kepada bertahan, tetapi United... menyerang, serang dan serang.

Sementara itu, pemain lagenda Arsenal, Thierry Henry dikatakan hampir pasti menjadi pengendali baharu Bournemouth.

Post a Comment

Previous Post Next Post