Wolves baham Leeds


Wolves mencipta tiga kemenangan dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila jaringan sendiri penjaga gol Leeds, Illan Meslier memberikan tuan rumah kejayaan 1-0 pagi tadi.

Skuad kendalian Nuno Espirito Santo mengambil mata penuh pada babak kedua di Molineux apabila cubaan Adama Traore terkena palang dan melantun kepada Meslier sebelum menerjah gawang.

Leeds berusaha keras untuk menyamakan kedudukan tetapi cubaan Mateusz Klich terkena palang dan gol Patrick Bamford dibatalkan kerana ofsaid.

Wolves kini naik di atas Leeds ke tangga ke-11 selepas meneruskan prestasi baik mereka manakala Leeds tewas tiga daripada empat perlawanan liga terakhir mereka.

"Pemain seperti Adama, apabila mereka dapat bola dan mula berlari, memang sangat bahaya, ia cubaan yang cantik," kata Nuno. 

"Ia saat yang sukar buat penjaga gol mereka.

"Kami masih ada masalah perlu diselesaikan tetapi pendekatan kami pada tempoh yang sukar ini ialah sentiasa percaya, sentiasa komited. 

"Anda boleh katakan apa sahaja mengenai perwatakan pemain. 

"Kami mengejar tahap tinggi yang kami ada dan biarkan ia terus berlaku."

Rui Patricio made 7️⃣ saves to go with his clean sheet in #WOLLEE

The last 🐺 'keeper to make more saves and keep a clean sheet in a PL match was Marcus Hahnemann against Everton in March 2010

Post a Comment

Previous Post Next Post