Liverpool telah mengumumkan bahawa Jordan Henderson telah menjalani pembedahan.
Kapten The Reds mengalami kecederaan pangkal paha ketika menentang Everton pada hujung minggu lalu.
We can confirm Jordan Henderson has undergone a successful operation on the injury he sustained during Saturday’s Merseyside derby with Everton.
— Liverpool FC (@LFC) February 26, 2021
Tidak ada tempoh atau tarikh yang diberitahu mengenai potensi kembalinya kapten mereka itu, walaupun Liverpool telah mengesahkan Henderson tidak akan bermain sehingga April nanti.
Berita itu hanya akan membuat Jürgen Klopp sakit kepala setelah kehilangan beberapa tonggak penting ekoran kecederaan.
Semenjak Liverpool kehilangan Virgil van Dijk, Joe Gomez, Joël Matip dan Fabinho, Henderson telah bermain di posisi pertahanan tengah.
Sudah pasti perkembangan ini memeningkan Klopp.