Desakan untuk Arteta dan Arsenal jual Bellerin kini makin tinggi.

Masa depan pertahanan kanan Arsenal kini menjadi tumpuan tatkala pasukan bergelut dengan prestasi terbaik.

Nampaknya bukan sahaja peminat dan penyokong Arsenal (sebahagian) yang mahukan pertahanan berusia 25 tahun itu dijual, malah legenda England, John Barnes juga mahukan perkara yang sama.

Barnes percaya bahawa Arsenal harus berpisah dengan Hector Bellerin.

Pemain pertahanan Sepanyol itu dikaitkan dengan PSG ketika ini dan prestasinya semenjak kembali ke pasukan utama dilihat masih belum menyakinkan setelah berahat panjang dua musim lalu ekora masalah kecederaan yang dihadapinya.

Bellerin masih belum berada dalam prestasi terbaik musim ini dan Barnes berpendapat dia bukan lagi seorang pemain berkaliber untuk dikekalkan oleh Arsenal.

Lagenda England berusia 57 tahun itu memberitahu BonusCodeBets: "Sekiranya [Bellerin] mengatakan dia tidak mahu tinggal di Arsenal, maka mereka harus membiarkannya pergi.

"Pasukan [Arsenal] seharusnya hanya berminat dengan pemain yang ingin bermain melalui masa baik dan buruk.

"Bellerin adalah alasan mengapa Arsenal adalah sebuah kelab dalam peralihan dan saat ini tidak bermain dengan baik.

"Pemain selalu bercita-cita untuk bermain dalam pasukan terbaik di dunia dan memenangi banyak piala, tetapi jika semua orang melakukannya, maka semua pemain terbaik akan berada di satu kelab sahaja.

"Sekiranya pasukan anda tidak menunjukkan prestasi yang baik, anda mahu pemain yang ingin membantu pasukan supaya prestasi pasukan menjadi lebih baik.

"Bukan merkea yang bercakap tentang meninggalkan pasukan pada pertengahan musim ketika pasukan mengalami masalah yang sukar [bergelut dengan prestasi].

"Dia berhutang lebih banyak kepada Arsenal daripada apa yang disumbangkannya."

Tetapi Barnes meragui jika PSG masih menganggap pemain Sepanyol yang memiliki empat cap  itu sebagai sasaran penting mereka.

Pasukan Mauricio Pochettino membuktikan kelas mereka tersendiri dengan membelasah Barcelona 4-1 pada perlawanan Liga Juara-Juara pusingan 16 perlawanan pertama.

Barnes berkata: "Ketika Hector Bellerin pertama kali muncul, dia cukup bagus untuk bermain di PSG tetapi sekarang, saya tidak pasti, terutama dengan cita-cita mereka.

John Charles Bryan Barnes (MBE) adalah bekas pemain bolasepak dan pengurus profesional antarabangsa Inggeris kelahiran Jamaica. 

Dia kini bekerja sebagai pengulas dan pakar (pundit) untuk ESPN dan SuperSport.

Post a Comment

Previous Post Next Post