'Lelaki Bersatu' mahukan penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez.

Manchester United merancang mendapatkan Emiliano Martinez dari Aston Villa.

Bermain untuk Aston Villa sejak September lalu, penjaga gol Argentina Emiliano Martinez, difahamkan telah menjadi sasaran utama Manchester United. 

Walaupun merupakan sebahagian daripada skuad La Albiceleste, namun Martinez masih gagal membuat penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan negara tersebut.

Ketika ini beliau mempunyai kontrak bersama The Villa sehingga 2024.

Man. United pula difahamkan sedang merancang melakukan rombakan besar-besaran bagi mengukuhkan kedudukan mereka dengan merekrut dua penjaga gol berpengalaman pada akhir musim ini.

Menurut Football Insider, The Red Devils bersedia untuk membuat tawaran blockbuster bagi menandatangani pemain berusia 28 tahun itu pada akhir musim ini.

David de Gea adalah pemain nombor satu di Old Trafford, tetapi pemain Sepanyol itu mengalami penurunan prestasi sejak setahun lalu dan United ingin menggantikannya.

Martinez pastinya mampu menjadi pengganti yang lebih baik kepada de Gea, namun perkara ini masih terlalu awal untuk dibincangkan kerana menjadi persoalan adakah Villa bersedia menjualnya setelah hanya satu musim memiliki pemain tersebut.


Villa membayar sekitar £20 juta untuk mendapatkan Martinez dari Arsenal dan mereka pasti mencari premium sekiranya berhasrat ataupun terpaksa menjual pemain Argentina pada musim panas ini.

Martinez bergabung dengan Villa untuk mencari minit permainan dan juga untuk menjadi nombor satu dalam pasukan utama, dan jika United mahu memikatnya, mereka harus menjamin bahawa dia akan menjadi pemain nombor satu juga di Old Trafford.

Kelab Manchester juga berusaha untuk merekrut penjaga gol kedua untuk memberi backup dan saingan kepada penjaga gol utama.

Rancangan United adalah mengekalkan Dean Henderson dan membawa pengganti pemain nombor satu David de Gea serta Sergio Romero.

Post a Comment

Previous Post Next Post