Andros Townsend mengatakan pengambilalihan boleh menjadikan Newcastle menjadi kelab terbesar di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bekas pemain sayap Newcastle United, Andros Townsend telah mendakwa bahawa Magpies boleh berubah menjadi kelab besar di EPL jika mereka diambil alih.
Menurut Townsend, Newcastle mempunyai stadium yang sangat baik dan pangkalan peminat yang besar.
Mereka memerlukan pelaburan besar sekarang dan akan menarik untuk melihat adakah Mike Ashley dapat melengkapkan pengambil alihan tersebut dalam beberapa bulan akan datang.
Michael James Wallace Ashley merupakan jutawan Britain yang fokus dalam pasaran barangan sukan dan ketua eksekutif Frasers Group Plc. |
Pemain sayap berusia 29 tahun itu mendakwa bahawa Magpies mesti melakukan sedaya upaya mereka untuk terus berada dalam saingan tertinggi bolasepak Inggeris musim ini.
Dia mengatakan (melalui Chronicle): "Kelab terbesar di Liga Perdana, mereka mampu menjadinya.
"Jika tidak pun, lebih daripada itu kerana mereka memiliki stadium, padang sangat besar - sungguh luar biasa.
"Mereka mempunyai kumpulan penyokong, stadium di pusat bandar.
"Semua sudah siap untuk mereka menjadi kelab besar tetapi sayangnya, pada masa ini, mereka tidak berjaya melakukannya di atas padang.
"Amat menyedihkan kerana melihat bagaimana hebatnya kelab ini ditubuhkan.
"Bagi saya, jika mereka dapat bertahan di Liga Perdana tahun ini, saya yakin perkara akan mulai berubah untuk mereka di masa depan.
"Tetapi pertama dan terpenting, mereka perlu mencuba dan kekal di Liga Perdana tahun ini. "
The Magpies banyak dikaitkan dengan konsortium Arab Saudi pada awal musim tetapi pengambilalihan itu tidak menjadi kenyataan.
Newcastle juga dikaitkan dengan beberapa pemain berprofil tinggi dan Mike Ashley nampaknya bersedia menjual kelab itu pada musim panas.
The Magpies sudah lama tidak bersaing di Liga Perdana dan mereka sangat memerlukan perubahan hak milik.
Pemilik Newcastle, Ashley dikritik hebat kerana tidak mempunyai cita-cita dan gagal menunaikan janjinya dalam hal pengurusan selama ini.
Ini menyebabkan para peminat mereka begitu kecewa dengan salah urus yang berlaku di kelab.
Newcastle berada dalam posisi tidak stabil musim ini dan mereka berjuang untuk bertahan di Liga Perdana dengan kedudukan mereka kini berada tangga di atas zon penyingkiran.