Aaron Ramsey telah menandatangani kontrak profesional pertamanya dengan Aston Villa.

Terkejut dengan tajuk berita... Ingatkan Aaron Ramsey bekas pemain Arsenal yang ditandatangani Aston Villa.

Namun ia adalah seorang pemain muda berusia 18 tahun yang telah menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama Aston Villa.

Abangnya, Jacob Ramsey adalah pemain pasukan utama untuk pasukan yang berpusat di Birmingham.

Pemain berusia 18 tahun itu telah mempamerkan aksi yang mengagumkan untuk skuad Bawah-23 Aston Villa musim ini.

Beraksi pada bahagian tengah, dia telah menjaringkan enam gol dari 14 penampilan Liga Perdana 2 yang dibuatnya.

Ramsey juga membuat dua kemunculan bagi saingan Trofi EFL musim ini.

Pengurus akademi Mark Harrison sebagai mana dipetik dari laman rasmi Aston Villa berkata: “Kami gembira Aaron menandatangani kontrak profesional pertamanya setelah menyertai kelab dalam skuad Bawah 9 Tahun.

“Aaron telah menjadi pemain tetap dalam pasukan U23 dan juga pemian yang pernah menjadi kapten England di peringkat remaja. 

"Dia juga baru-baru ini berlatih dengan pasukan utama secara berkala.

"Ini adalah penghargaan dan pengiktirafan yang besar untuk semua kerja kerasnya selama ini, dan juga menjadi hari istimewa untuk keluarganya serta kakitangan akademi yang selama bertahun-tahun, menyokong Aaron.

"Kami sangat berharap dapat melihat bagaimana dia berkembang dalam beberapa tahun akan datang."

Post a Comment

Previous Post Next Post