Jersi away Arsenal untuk musim 2021/22 didedahkan.

Heady Footy selalu menjadi yang pertama untuk mendedahkan butiran kit Arsenal baharu.

Baru-baru ini, mereka mendedahkan maklumat lebih lanjut mengenai jersi home Arsenal untuk musim depan.

Kini, mereka sekali lagi mendedahkan kit ataupun jersi away Arsenal untuk musim 2021/22.

Jersi away ataupun kedua yang didedahkan mereka kali ini dapat digambarkan dimana ia diilhamkan serta berdasarkan jersi away kelab yang pernah digunakan sebelum ini diantara tahun 1970-an dan 1990-an. 

Ia juga mengembalikan logo meriam bersejarah di sebelah kiri dada dan sudah pasti ini akan menjadi lebih menarik untuk dimiliki.

Kredit : Footyheadlines.com

Jersi Arsenal 2021/22 akan dihasilkan oleh Adidas, yang mana mereka telah mengumumkan perjanjian tajaan kit selama lima tahun dan akan berakhir pada 2024.

The Gunners menerima pulangan ataupun keuntungan hampir berjumlah £ 60 juta setiap tahun hasil daripada tajaan tersebut yang bermula dari musim 2019/20.

Jumlah tajaan Adidas selama lima tahun adalah sebanyak £ 300 juta.

Untuk jersi kedua ataupun away kit ini, ianya masih mengekalkan warna kuning dan warni ini dilihat sama seperti yang digunakan pada jersi ketiga AC Milan pada musim 2014-15 iaitu ‘Pearl Citrine’.

Jersi ketiga AC Milan AC musim 2014/15 

Namun logo meriam itu dilengkapi dengan warna biru laut yang cukup sebati dengan jersi Arsenal.

Gambar jersi yang bocor (didedahkan) kelihatan sangat menarik walaupun ianya menggunakan 'template' yang pernah digunapakai oleh AC Milan.

Sudah pasti peminat setia Arsenal berharap musim depan skuad Arsenal juga akan menyerlah sebagaimana ataupun bersesuaian dengan kualiti kit baharu.

Namun ianya lebih indah sekiranya kelab dapat memakai jersi baharu Arsenal ini di saingan Liga Juara-Juara, walaupun ini mungkin tidak akan terjadi.

Jersi kedua - away Arsenal seakan sama dengan jersi ketiga yang pernah digunakan AC Milan.

Arsenal ketika ini ketinggalan 10 mata di belakang Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris, yang menduduki tempat terakhir bagi layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Pun begitu, The Gunners telah mara ke peringkat suku akhir Liga Europa, di mana mereka akan menentang pasukan Republik Czech, Slavia Prague.

Sekiranya menjuarai kejohanan itu, Arsenal akan menempatkan diri di saingan Liga Juara-Juara musim depan dan Arteta akan membimbing kelab kita ke trofi utama kedua dalam waktu kurang dari setahun.

Jersi klasik Arsenal dengan logo meriam.

Dua konsep kit away Arsenal untuk musim 2021/22 telah 'bocor' dilaporkan sebelum ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post