Saya 'kagum' dengan peminat Arsenal sementara West Ham hanyalah 'kelab tempatan'.

Pangkalan peminat dan kekurangan liputan global West Ham menghalang kelab untuk mencapai tahap kewangan seperti Arsenal.

Itu adalah menurut pakar kewangan dan kolumnis Football Insider, Kieran Maguire, yang bercakap secara eksklusif menjelang pertemuan West Ham dengan Arsenal pada hari Ahad (malam ini).

Pertembungan akan berlaku di Stadium London yang mempunyai kapasiti yang serupa dengan Stadium Emirates Arsenal dengan jumlah kapasiti penonton kira-kira 60,000.

Kedua-dua kelab mencatatkan kerugian dalam laporan kewangan terakhir mereka, dengan West Ham mencatatkan defisit £ 65.3 juta dan Arsenal hanya mencatatkan £ 47.8 juta.

Jumlah pendapatan West Ham juga jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Arsenal dimana perolehan keseluruhan Irons adalah £ 140 juta sementara Arsenal £ 344 juta.

Maguire menjelaskan bahawa West Ham pada dasarnya adalah sebuah kelab tempatan dan status global yang dimiliki Arsenal mendorong kelab Utara London itu untuk berada dalam kewangan yang lebih meluas.

Stadium London yang kini menjadi milik West Ham dalam pajakan selama 99 tahun dan memiliki jumlah kapasiti yang sama dengan Stadium Emirates Arsenal.

Penjelasan Maguire itu dibuat ketika menjawab soalan kepada wartawan Football Insider, Adam Williams: “West Ham akhirnya adalah sebuah kelab tempatan. 

"Ia memenangi beberapa Piala FA dan mereka memenangi Piala Dunia pada tahun 1966, jika anda bertanya kepada peminat.

"Saya mengajar di Cyprus dan Amerika Syarikat, dan sangat mengagumkan apabila melihat ramai peminat Arsenal datang ke bar untuk menyaksikan perlawanan secara langsung di televisyen. 

"Itu tidak pernah berlaku terhadap West Ham.

"Status mereka sebagai kelab tempatan tercermin dalam sifat perjanjian komersial mereka.

"Arsenal berada dalam bahaya untuk tersingkir dari golongan enam kuasa besar tetapi mereka masih jauh di depan untuk tahap berikutnya, jika anda mahu.

"Jika anda melihat pendapatan hari perlawanan, Arsenal mampu meraih penjualan tiket sebanyak £ 100 juta setiap musim dan West Ham mendapat 27 juta pound dari stadium yang memiliki kapisiti serupa.

"Baiklah, Arsenal memang mendapat keuntungan dari beberapa perlawanan tambahan di Eropah tetapi mereka juga mempunyai harga tiket yang jauh lebih tinggi kerana sifat asas peminat mereka [fanbase].

"Untuk semua kritikan yang dapat dilontarkan terhadap David Gold dan David Sullivan oleh peminat, mereka masih memiliki struktur harga tiket yang relatifnya lebih murah. 

"Arsenal mempunyai harga tiket yang jauh lebih tinggi.

"Saya pernah berada didalam kedua-dua stadium dan Arsenal adalah stadium yang indah tetapi tidak ada suasana di dalamnya. 

Stadium Emirates tidak memiliki 'jiwa' sebagaimana Stadium Highbury.

"Semua orang tahu mengenai perkara itu. Itu adalah gambaran asas peminat yang lebih kaya dan lemah lembut [bersopan santun]. "

West Ham berada di kedudukan ke-5 dalam menghadapi pertemuan malam ini menetang Arsenal, hanya tiga mata di luar slot atau tempat kelayakkan ke Liga Juara-Juara dengan memiliki kelebihan satu permainan berbanding Chelsea ditangga ketiga.

Sementara itu, Arsenal berada di tempat ke-10, tujuh mata di belakang Hammers.

Post a Comment

Previous Post Next Post