Leeds United akan menentang Fulham dalam aksi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage pada hari Sabtu ini, waktu Malaysia.
The Whites gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka, tetapi mereka menghadapi Fulham dengan bekalan semangat hasil keputusan seri 0-0 menentang Chelsea.
Sekiranya mereka berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos malam ini (atau awal pagi esok), penjaga gawang Leeds, Illan Meslier akan mencipta rekod baru Liga Perdana Inggeris.
Pemain berusia 21 tahun itu akan menjadi penjaga termuda yang merekodkan 10 clean sheet dalam satu musim, melepasi rekod yang lakukan Joe Hart.
Penjaga gol Perancis itu mengukuhkan kedudukannya dalam skuad utama Leeds menjelang akhir musim lalu di Kejuaraan (Championship) ketika Kiko Casilla dikenakan penggantungan lapan perlawanan.
⛔️ @MeslierIllan has kept nine clean sheets in the #PL this season
— Premier League (@premierleague) March 19, 2021
If he keeps another one during #FULLEE, he’d be the youngest keeper to reach 10 shutouts in a single season in the competition (21 years and 17 days) pic.twitter.com/QGYzQzTyAy
Pun begitu, penjaga gol muda itu menghadapi kritikan musim ini, kerana Leeds telah dibolosi dengan jumlah yang besar.
Ketika menentang Manchester United, mereka bolos enam dan ketika menentang Liverpool, sebanyak empat gol telah dilepaskan Meslier.
Walau bagaimanapun, Meslier tidak selalu dilindungi dengan barisan pertahanan yang stabil kerana kecederaan yang dialami oleh beberapa pemain utama - Liam Cooper, Diego Llorente dan Robin Koch.
Meslier telah mempamerkan aksi yang menyakinkan, kepemimpinan dan mengarah yang hebat di dalam kawasan gol, dan dia kini berada di ambang rekod baru EPL.
Marcelo Bielsa sentiasa mempertahankan pemain muda itu setiap kali dia dikritik oleh media. Selepas kesilapannya melawan Arsenal, Bielsa melindunginya dengan mengalih perhatian kepada penjaga gol Liverpool, Alisson Becker yang telah melakukan beberapa kesalahan yang tidak dapat disangka musim ini.