Bukan mudah untuk mengembalikan aksi yang mampu memuaskan peminat dan penyokong.

Granit Xhaka pernah dikecam hebat oleh peminat dan penyokong Arsenal pada satu ketika dahulu, namun semenjak Mikel Arteta mengambil alih pasukan, prestasinya kembali menyakinkan.

Namun itu semua hilang setelah beliau melakukan kesilapan dan kesalahan besar ketika menentang Burnley malam tadi.


Ketika The Gunners mendahului 1-0 hasil gol awal permainan Pierre-Emerick Aubameyang, Xhaka menerima hantaran dari penjaga gol, Bernd Leno di dalam kotak sendiri.

Tetapi beliau melakukan kesilapan justifikasi dimana pemain tengah Switzerland itu berusaha untuk menghantar bola kepada David Luiz tetapi sebaliknya berlaku, bola dihantar terus ke Chris Wood.

Walaupun ianya bukanlah niat sebenar Xhaka, namun hantarannya itu tepat ke pemain Burnley yang menyaksikan bola terbias masuk ke gawang Arsenal untuk mengikat keputusan 1-1.

Berikut adalah gambaran kejadian ataupun kesilapan yang dilakukan Xhaka.





Xhaka bagaimanapun mengambil tanggungjawab itu dengan penuh hormat, mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada semua peminat dan penyokong Arsenal.


Video kejadian.

Adakah masih ada ruang dan peluang buat penyokong dalam membantu mengembalikan semula kenyakinan Xhaka?

Mampukah peminat dan penyokong menerima Xhaka dan membantunya pulih?

Post a Comment

Previous Post Next Post