Adakah bahaya jika kita terlalu mengharapkan pemain muda?

Adakah sudah sampai masanya untuk menghentikan berita berlebihan mengenai pemain muda kita?

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, tidak ada keraguan lagi bahawa bintang muda kita menjadi topik perbincangan atas perkara yang baik. 

Terutamanya, Emile Smith-Rowe (ESR) dan Bukayo Saka yang mana mereka berdua telah mempamerkan aksi cukup memberangsangkan.

Prestasi dan persembahan mereka berdua sememangnya tidak mengejutkan kita semua dan ini menjelaskan mengapa mereka berdua layak berada serta bermain bersama pasukan utama The Gunners.
 
Tetapi seperti tahun-tahun sebelum ini, sebagaimana kita semua dapat saksikan - pemain muda Arsenal seperti Wilshere dan Walcott, prestai mereka mulai atau semakin merosot dan tidak mampu beraksi secara konsisten.

Selain menerima perhatian dan liputan yang meluas mengenai perkembangan, Walcott dan Wilshere juga turut dibebani dengan tanggungjawab untuk memastikan pasukan mencipta kemenangan pada usia yang masih muda.

Malah tahap kecergasan menjadi topik yang selalu kita saksikan dimana mereka mudah mengalami kecederaan atau keletihan. 

Jelas perkara tersebut (yang mana kita semua sudah menyaksikan apa yang berlaku terhadap kedua-dua pemain tersebut - Wilshere dan Walcott)  perlu diberi perhatian dengan teliti terhadap pemain muda kita sekarang (ESR dan Saka).

Seindah kita melihat mereka tampil dan beraksi dengan baik, Arsenal bukanlah pasukan yang hanya bergantung kepada dua pemain sahaja.

Kita sememangnya tidak perlu terlalu bergantung kepada dua pemain tersebut untuk mendapatkan mata dan kemenangan. 

Seperti yang kita lihat ketika menentang Leicester, Saka hanya berada dibangku simpanan dan Smith-Rose pula tidak mampu menamatkan separuh masa setelah mengalami kecederaan, namun Arsenal tetap berjaya mencatatkan kemenangan dengan selesa tanpa menggunakan khidmat mereka berdua sepenuhnya.

Tidak adil untuk meletakan harapan terlalu tinggi dibahu mereka kerana boleh dikatakan mereka belum bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut, masih belum bersedia menerima tekanan kuat dan bebanan harapan pada ketika ini.

Masa mereka pasti akan tiba di mana mereka akan menjadi bintang utama yang mampu memikul peranan tersebut, tetapi buat masa ini sudah tiba masanya untuk membiarkan mereka berkembang dengan aman dan selesa.

Menikmati apa yang mereka lakukan dan berhenti memberi banyak tekanan kepada mereka minggu demi minggu dalam kita mencipta kemenangan.

Berita dan liputan meluas terhadap pemain muda sebenarnya juga tidak bagus kepada pasukan selain diri pemain itu sendiri, ini kerana ia tidak begitu membantu bintang ataupun pemain yang lebih senior dalam pasukan apabila tumpuan diberikan kepada pemain-pemain muda.

Ini kerana ia bagaikan membuat mereka (pemain senior) merasakan diri mereka tidak bagus, yang seterusnya mungkin mengganggu perhatian dan semangat mereka.

Boleh dikatakan bahawa jika bintang-bintang senior kita berada dalam keadaan lebih baik untuk beberapa minggu kebelakangan ini, kita pasti tidak akan memilih pemain-pemain muda, namun apa yang mereka perlukan adalah kata-kata positif sebagai pembakar semangat dan mengembalikan keyakinan untuk kembali ke tahap yang terbaik.

Seorang lagi bakat muda yang perlu diberikan perhatian dan mengurangkan jumlah perhatian adalah Gabriel Martinelli.

Pemain ini pada awalnya begitu menyerlah sehingga tumpuan begitu banyak diberikan terhadapnya.

Namun, kecederaan yang dialaminya pada musim 19/20 banyak mengganggu perkembangannya.

Musim Kecederaan dari hingga Hari Jumlah terlepas perlawanan
20/21 Ankle Injury Jan 9, 2021 Jan 17, 2021 8 2
20/21 Calf Injury Dec 24, 2020 Dec 25, 2020 1 -
19/20 Knee Injury Jun 21, 2020 Dec 7, 2020 169 30
19/20 Knock Feb 20, 2020 Feb 25, 2020 5 2
19/20 Hamstring Injury Dec 23, 2019 Jan 6, 2020 14 4

Oleh itu, sudah sampai masanya untuk kita mengurangkan berita keterlaluan - hype terhadap pemain-pemain muda kita terutamanya Saka dan Smith-Rowe.

Tidak perlu membebankan mereka dengan berita-berita yang mungkin mampu menjejaskan prestasi mereka, begitu juga dengan masa depan mereka termasuklah perbincangan mengenai kontrak mereka bersama kelab.

Mereka pasti akan berada bersama kelam untnuk tempoh masa yang lama, tetapi buat masa ini, wajarlah kita semua membantu pasukan dengan memberi pujian ataupun kata-kata positif dalam  mengembalikan kenyakinan pemain-pemain senior.

Post a Comment

Previous Post Next Post