Leeds United bersedia menandatangani pemain sayap Rangers, Ryan Kent.

Leeds United menyediakan tawaran musim panas £ 15 juta untuk pemain sayap Rangers, Ryan Kent.

Menurut The Scottish Sun, Leeds United tetap berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Rangers, Ryan Kent dan sedang menyiapkan tawaran bernilai £ 15 juta menjelang jendela perpindahan musim panas ini.

Pasukan yang berpangkalan di Elland Road telah mengemukakan dua tawaran untuk bintang Light Blues pada musim panas lalu, dengan yang terakhir bernilai £ 11 juta.

Bagaimanapun, Rangers tidak rela melepaskan Kent dan pemain itu akhirnya membalas kepercayaan yang diberikan dengan membantu mereka merangkul gelaran Liga Perdana Scotland ke-55 beberapa minggu lalu.

Ketua jurulatih Leeds, Marcelo Bielsa dilaporkan tetap berminat dengan pemain berusia 24 tahun itu ketika beliau mempersiapkan pasukannya untuk musim hadapan bagi menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris.

Malah pengendali kelahiran Argentina itu telah memberitahu Pengarah Bolasepak Leeds, Victor Orta untuk mencuba dan membuat perjanjian untuk Kent sebelum bermula pra musim 2021/22.

Marcelo Bielsa

Bielsa sangat dikenali sebagai seorang yang gemar melakukan dan melengkapkan perpindahan awal di jendela perpindahan musim panas bagi mempersiapkan pasukannya selain mahukan pemain baharu menyesuaikan diri dengan segera, menjalani latihan awal termasuklah aksi pra musim.

Sama ada Rangers mahu mencari wang pada musim panas ini dengan melepaskan Kent pada nilai yang dikemukakan Leeds nanti, ianya masih belum dapat dipastikan.

Ini kerana kelab Scotland itu juga sedang berusaha untuk mempertahankan gelaran kejuaraan yang dimenangi mereka dan pengurus Steven Gerrard turut menghadapi tugas sukar untuk memperkuatkan pasukan mereka bagi cabaran Liga Juara-Juara musim depan.

Rangers memerlukan Kent untuk dua tugas yang menanti mereka musim depan (mempertahanankan kejuaraan dan beraksi di Liga Juara-Juara) dengan lulusan akademi Liverpool juga mungkin tidak sabar memikul cabaran itu.

Setakat ini, Kent telah menjaringkan 12 gol dan 13 bantuan gol dalam 47 penampilan bersama Ranger musim ini, dan dengan rekod cemerlang itu, pemain ini pasti dapat menambahkan bisa serangan Leeds musim depan.

Dengan mengumpul 41 mata dan berada ditangga ke-10 Liga Perdana Inggeris, The Peacocks perlu berusaha keras untuk menempatkan sekurang-kurangnya dikalangan lima teratas bagi melayakkan mereka bersaing dipentas Eropah (Liga Europa).

Kedudukan itu pastinya memudahkan mereka mendapatkan pemain yang dikehendaki termasuklah Kent kerana sekurang-kurangnya mampu memberikan aksi Eropah walaupun bukanlah saingan tertinggi kelab-kelab Eropah (Liga Juara-Juara).

Kent menandatangani kontrak dengan Rangers secara kekal pada 3 September 2019 untuk tempoh empat tahun, selepas menjalani pinjaman bersama mereka pada 22 Julai 2018.

Rekod penampilan Ryant Kent bersama Rangers musim ini.

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Minit per gol Minit Permainan
Premiership 33 8 9 338 2.706
Europa League 10 2 2 377 754
Europa League   Qualifying 2 1 2 162 162
League Cup 1 - - - 90
Scottish   Premiership Meisterrunde 1 1 - 90 90
SFA Cup 0 - - - -

Post a Comment

Previous Post Next Post