Apa itu Liga Super Eropah (European Super League - ESL)?


Kecoh ketika ini mengenai pengumuman bahawa beberapa kelab teratas Eropah telah bersetuju untuk Liga Super Eropah (European Super League - ESL).

Namun apa itu Liga Super Eropah? Apa yang berlaku? Kelab mana yang terlibat? Apa formatnya dan siapa yang membiayai liga ini?

APA YANG BERLAKU

Pagi tadi kita semua dikejutkan dengan laporan mengatakan bahawa dua belas kelab bolasepak terkemuka di Eropah telah mengumumkan mereka telah bersetuju untuk mengadakan pertandingan baharu iaitu Liga Super Eropah, yang ditadbir oleh 'Kelab Pengasas'.

Cadangan itu melibatkan kelab-kelab yang membentuk pertandingan mereka sendiri untuk menyaingi Liga Juara-Juara UEFA.

Liga Super Eropah diwujudkan bagi menyaingi Liga Juara-Juara anjuran UEFA.

Walau bagaimanapun, UEFA dan penyelia liga domestik masing-masing boleh menggantungkan kelab untuk beraksi dalam pertandingan mereka jika pasukan itu meneruskan hasrat ataupun bermain dalam liga (kejuaraan) yang dirancangkan itu.

Difahamkan, akan ada 18 hingga 20 pasukan dan perlawanan akan dimainkan pada pertengahan minggu dengan play-off akhir musim untuk menentukan pemenang diyakini akan bermula seawal Ogos.

KELAB TERLIBAT

Enam kelab besar Liga Perdana Inggeris, Manchester United, Manchester City, Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Tottenham, semuanya terlibat.

Pasukan EPL yang mengesahkan untuk bertanding dan membentuk Kelab Pengasas ESL.


Manakala gabungan daripada beberapa kelab liga teratas Eropah seperti, AC Milan, Atletico Madrid, Barcelona, Inter Milan, Juventus, dan Real Madrid akan membentuk ataupun dikenali sebagai kelab pengasas - 'Founding Clubs' bersama enam kelab Inggeris yang disebutkan tadi.

FORMAT LIGA

Laman web Liga Super mengatakan: "Liga Super adalah pertandingan baharu Eropah melibatkan 20 kelab teratas yang terdiri daripada 15 pengasas dan lima kelayakan tahunan. 

"Akan ada dua kumpulan yang terdiri daripada 10 kelab masing-masing dalam satu kumpulan, yang bermain di tempat sendiri dan tempat lawan dalam setiap kumpulan, setiap tahun.

"Selepas peringkat kumpulan, lapan kelab akan layak ke peringkat kalah mati, bermain di tempat sendiri dan lawan sehingga kejuaraan Liga Super menjadi satu perlawanan, pada akhir empat minggu yang dramatik hingga musim ini.

"Perlawanan akan dimainkan pada pertengahan minggu dan semua kelab akan tetap beraksi di liga domestik masing-masing."

Dalam kenyataan mereka, kelab-kelab itu sendiri telah menguraikan formatnya dalam tiga tahap:

1- 20 kelab yang bertanding dengan 15 Kelab Pengasas (12 pasukan telah mengesahkan) dan mekanisme kelayakan untuk lima pasukan lagi untuk layak setiap tahun berdasarkan pencapaian pada musim sebelumnya.

2- Perlawanan pertengahan minggu dengan semua kelab yang mengambil bahagian terus bersaing dalam liga kebangsaan masing-masing, mengekalkan kalendar perlawanan domestik tradisional yang tetap menjadi teras perlawanan kelab.

3- Akan dimula pada Ogos dengan kelab-kelab yang mengambil bahagian dalam dua kumpulan yang dipecahkan kepada sepuluh setiap kumpulan akan bermain di tempat sendiri dan lawan, dengan tiga pasukan teratas dalam setiap kumpulan layak secara automatik ke suku akhir. 

Pasukan yang menduduki tempat keempat dan kelima kemudian akan bersaing dalam play-off secara timbal balik untuk baki pasukan yang layak ke suku akhir. 

Format kalah mati dengan dua perlawanan (timbal balik) akan digunakan sebelum mara ke final pada akhir Mei, yang akan dilangsungkan sebagai perlawanan tunggal di tempat (stadium) neutral.

15 Kelab Pengasas:

  • Liga Perdana Inggeris
    1. Arsenal
    2. Chelsea
    3. Manchester United
    4. Manchester City
    5. Liverpool
    6. Tottenham

  • Liga Itali
    1. AC Milan
    2. Inter Milan 
    3. Juventus

  • Liga Sepanyol
    1. Atletico Madrid
    2. Barcelona 
    3. Real Madrid

  • Liga Perancis 
    1. Paris Saint-Germain - tolak tawaran.

  • Liga Jerman
    1. Borussia Dortmund - tolak tawaran.
    2. Bayern Munich - tolak tawaran.

BAGAIMANA LIGA DIBIAYAI

Sebanyak $ 5bilion telah diperuntukkan untuk projek baharu ini oleh bank Amerika JP Morgan.

Dalam pengumuman mereka sendiri, kelab-kelab yang layak menyatakan 'The Founding Clubs akan menerima sejumlah € 3.5 bilion untuk menyokong rancangan pembangunan infrastruktur mereka dan untuk mengimbangi kesan pandemik COVID-19.'

PENDAPATAN

Pembayaran solidariti akan berkembang seiring dengan pendapatan liga dan dijangka melebihi € 10 bilion sepanjang tempoh komitmen awal penubuhan. 

Pembayaran solidariti ini akan mengikuti model baharu dengan ketelusan penuh dan laporan didedahkan kepada pihak awam secara berkala.

Kelab mempunyai hak untuk menyiarkan empat perlawanan setiap musim pada platform digital mereka sendiri di seluruh dunia.

Dengan pendapatan dari TV dan tajaan akan menguntungkan kelab-kelab pengasas: 32.5% akan dibahagi sama rata antara 15 kelab, dan 32.5% lagi antara semua kelab Liga Super Eropah termasuk lima yang menyertai secara kelayakan setiap tahun.

20% dari jumlah keseluran akan menjadi dana merit dan diagihkan dengan cara yang sama seperti sistem berasaskan prestasi Liga Perdana Inggeris ketika ini, mengikut kedudukan (pencapaian) di mana kelab menamatkan saingan atau kumpulan jika mereka layak ke peringkat kalah mati.

Baki 15%  akan menerima "bahagian komersial berdasarkan kesedaran kelab" dengan had 55% daripada pendapatan yang dibenarkan untuk dibelanjakan bagi gaji dan pindahan (bersih).

‘Kumpulan Kelestarian Kewangan’ akan memantau perbelanjaan kelab sama seperti Peraturan Kewangan yang adil UEFA (FFP).

APA KATA UEFA

“Kami akan mempertimbangkan semua langkah yang tersedia bagi kami, di semua peringkat, baik kehakiman mahupun kesukanan untuk mencegah hal ini terjadi. Bolasepak pada asasnya adalah pertandingan terbuka dan berdasarkan prestasi, ia tidak boleh dengan cara lain.

"Kelab-kelab yang berkaitan akan dilarang bermain dalam pertandingan lain di peringkat domestik, Eropah atau dunia, dan pemain mereka tidak dapat diberi peluang untuk mewakili pasukan kebangsaan mereka."

APA KATA LIGA PERDANA INGGERIS

"Peminat kelab bolasepak di England dan seluruh Eropah pada masa ini mengimpikan bahawa pasukan mereka dapat naik ke puncak dan bermain menentang yang terbaik. Kami percaya bahawa konsep Liga Super Eropah akan menghancurkan impian ini. "

APA KATA BUNDESLIGA

Ketua Pegawai Eksekutif Bundesliga, Christian Seifert mengenai konsep Liga Super yang dihebohkan.

PENGUMUMAN LIGA SUPER EROPAH

Nah, ini dia... Liga Super Eropah akhirnya diumumkan secara rasmi melalui siaran akhbar, seperti di bawah ini atau anda boleh layari laman rasmi mereka : The Super League.

Post a Comment

Previous Post Next Post