"Mereka mahu membunuh bolasepak"

Legenda Arsenal mengulas mengenai Liga Super Eropah.

Pastinya anda terkejut dengan keputusan Arsenal untuk bergabung dengan 11 kelab lain dalam menubuhkan Liga Super Eropah, sekaligus menjadi Kelab Pengasas dalam pembentukan kuasa besar kelab bolasepak.

Langkah itu telah tersebar luas dan menerima pelbagai reaksi ketika ini dan untuk saat ini ada di antara mereka yang mengkritiknya termasuklah lagenda Arsenal, Emmanuel Petit.

Menjadi pundit untuk TV dan radio Perancis, bekas pemain bolasepak itu ditanya mengenai Liga Super yang kuat diperkatakan ketika ini di RMC Sport, dan dia tidak menahan sedikit pun, sama seperti rakan sezamannya, Gary Neville dan Jamie Carragher yang turut menghentam tindakan pembentukan Liga Super itu.

Dia berkata: "Semakin kuat hari ini mereka berusaha membunuh bolasepak. 

"Sekiranya anda menambah VAR, yang membunuh emosi dan menghilangkan keghairahan peminat, seperti yang berlaku selama setahun dahulu, hari ini [Liga Super] adalah ceri pada kek. 

"Mereka benar-benar mahu membunuh bolasepak ”.

Petit juga menambah bahawa mereka yang berada dalam perniagaan bolasepak kini memilih 'keutamaan objektif kewangan berbanding objektif sukan'.

Dan itulah asasnya Liga Super Eropah diwujudkan, bersandarkan wang semata-mata.

Walaupun masih diperingkat awal, namun begitu ramai pihak termasuklah peminat, bekas pemain mahupun pemain, pengurus dan kelab lain tidak begitu gembira (marah) dengan usaha tersebut.

Pun begitu, dengan bantahan kuat dilakukan dari pelbagai pihak, ianya belum dapat dipastikan sama ada ianya bakal menjadi realiti ataupun sekadar gertakan kepada FIFA ataupun UEFA.

Post a Comment

Previous Post Next Post