Xhaka, pemain yang sanggup melakukan apa sahaja demi pasukan.

Walaupun sering dikeji dan dikecam, Granit Xhaka tetap sedia berjuang dan sanggup melakukan apa sahaja demi pasukan.

Walaupun tidak menerima sokongan daripada sebahagian besar peminat dan penyokong Arsenal, namun Granit Xhaka merupakan pemain yang dihormati dikalangan teman-teman seperjuangan The Gunners.

Itulah sebabnya dia dipilih menjadi kapten pasukan oleh rakan-rakan dibilik persalinan ketika Unai Emery bertanggungjawab sebagai Ketua Jurulatih Arsenal.

Dia bagaimanapun dipecat dari peranan itu oleh Emery setelah pertengkarannya dengan peminat Arsenal dan seakan merajuk dengan layanan peminat terhadapnya, dia membuat keputusan untuk meninggalkan Emirates.

Namun kehadiran Mikel Arteta berjaya memujuk dan meyakinkannya untuk kekal dengan alasan dia masih mempunyai peranan penting untuk dimainkan bersama The Gunners.

Walaupun para peminat sentiasa mengkritik bagaikan masih menyimpan 'dendam' dan tidak berpuas hati dengan prestasinya, namun sumbangannya di atas padang tetap dihargai Arteta. 

Bermain sebagai pemain tengah bertahan (defensive midfielder) dan juga pemain tengah (centre midfielder), beliau telah membuat 39 penampilan musim ini dalam semua pertandingan.

Daripada 39 penampilan itu, beliau membuat 33 penampilan sebagai pemain tengah bertahan dan dua kali pada posisi pemain tengah.

Baki penampilan itu menyaksikan dia bermain di luar posisi kegemarannya, namun itu tidak menghalangnya daripada beraksi dengan baik, malah dia menyambutnya dengan gembira untuk bermain dalam posisi pertahanan.

Musim ini kita menyaksikan Xhaka telah membuat dua penampilan pada posisi pertahanan tengah (centre back - cb) ketika menentang Dundalk FC, dalam saingan Europa dan menentang Leicester, dalam saingan EPL.

Kita juga menyaksikan dia bermain dengan baik di pertahanan kiri, menggantikan Kieran Tierney ketika menentang Sheffield United pada 11 April lalu dan terbaru adalah pada perlawanan penting ketika Arsenal mengalahkan Slavia Prague 4 - 0, awal pagi Jumaat.

Arsenal tidak memiliki pemain lain selain Kieran Tierney di bek kiri.

Kedua-dua perlawanan itu menyaksikan berakhir dengan tanpa bolos (clean sheet), yang sudah lama kita tidak menikmatinya.

Seperti yang dikatakan Xhaka selepas perlawanan yang berlangsung di Stadium Sinobo, dia akan bermain di mana sahaja selagi kita menang! 

"Sekiranya kami memenangi Liga Europa seperti ini, saya tidak peduli dengan kedudukan mana saya bermain!" katanya kepada Arsenal.com.

"Sekiranya saya harus membantu pasukan di sana, saya mesti membantu. 

"Saya adalah seorang yang akan melakukan segalanya untuk pasukan. 

"Sudah tentu, semua orang tahu itu bukan posisi biasa saya tetapi dengan rakan sepasukan, mereka membantu dan melatih saya juga, di depan dan di belakang. 

"Saya sangat gembira kerana saya dapat membantu pasukan dalam posisi ini juga. 

"Saya mencuba yang terbaik dan dalam dua perlawanan terakhir dan ini adalah prestasi yang baik.

"Kami memiliki permainan yang sangat bagus," tambahnya. 

“Rancangan permainan yang diberikan bos [Arteta] kepada kami sangat bagus dan kami menunjukkan permainan hebat hari ini. 

"Saya rasa kita layak [mara ke separuh akhir] selepas dua perlawanan ini.

"Karekter pasukan sangat baik. Untuk menang di sini 4-0 tidaklah mudah tetapi seperti yang saya katakan sebelumnya, kami menunjukkan prestasi yang hebat selama lebih dari 90 minit. "

Rekod penampilan Xhaka musim ini.

Posisi dimainkan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Defensive Midfield 33 - 2
Left-Back 2 - -
Centre-Back 2 - -
Central Midfield 2 1 -

Jadi bagaimana persepsi anda selaku peminat dan penyokong Arsenal terhadap Xhaka pada masa ini? 

Siri 'Open Mic' Arsenal (seperti dibawah) sangat menakjubkan dan video Xhaka ini menunjukkan apa yang sangat jelas bagi kita semua adalah dia cukup bernasib baik untuk bermain tanpa kehadiran penonton (secara tertutup).

Dia adalah pemimpin sebenar pasukan Arsenal.

Adakah anda berfikir bahawa dia boleh kembali menjadi kapten? Atau adakah anda masih berfikir bahawa dia mesti dijual pada musim panas ini?

#XhakaBoom!

Post a Comment

Previous Post Next Post