Arsenal telah melakukan 'percubaan sebenar' untuk menandatangani pemain tersebut pada musim panas ini.
FC Inter News ingin semua orang tahu bahawa Achraf Hakimi tidak akan meninggalkan Inter Milan pada musim panas ini, walaupun Arsenal berusaha keras untuk menandatangani pemain pertahanan kanan itu.
Hakimi dilahirkan dari akademi Real Madrid dan kemudian dipinjamkan untuk tempoh yang lama kepada Borussia Dortmund pada tahun 2018.
Ketika kita semua menjangkakan bahawa beliau akan kekal bersama kelab Bundesliga itu secara tetap, Inter Milan kemudian muncul mendapatkannya setelah melengkapkan perjanjian pada bulan Julai 2020.
Semasa musim pertamanya bersama kelab Itali itu, Hakimi telah membuat 37 penampilan, menyumbang enam gol dan tujuh bantuan.
Malah beliau juga dilihat semakin berkembang maju sejak itu dengan beraksi pada bahagian kanan, baik pertahanan mahupun sebagai pemain tengah kanan.
FcIN - Arsenal, tentativo reale per Hakimi. Ma l'Inter e il giocatore non hanno neanche ascoltato.
Dalam laporan terkini yang dikeluarkan oleh FC News, Arsenal telah melakukan ‘percubaan sebenar’ untuk mendapatkan pemain berusia 22 tahun itu dari Inter namun menegaskan bahawa The Gunners tidak mempunyai peluang besar untuk berjaya.
Walaupun menerima 'panggilan London', Hakimi dan kelabnya enggan memberi perhatian terhadap berita tersebut dengan masing-masing ingin meneruskan perkara lain di luar kempen semasa.
Nordi Mukiele |
Jadi, berdasarkan laporan tersebut minat dari Arsenal boleh dikatakan ada tetapi Mikel Arteta mungkin terpaksa meilhat dan menilai pemain lain yang turut dikatakan menjadi sasarannya seperti Nordi Mukiele kerana Inter dan Hakimi tidak berminat untuk berpindah