8 Fakta lipas yang mungkin anda tidak tahu.

Lipas merupakan sejenis serangga dalam order Blattaria atau Blattodea dan biasanya tinggal di kawasan gelap serta lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki.

Terdapat kira-kira 4,500 spesies lipas dengan 30 spesies dikaitkan dengan tempat tinggal manusia dan kira-kira empat spesies terkenal sebagai serangga perosak.

Lipas hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar dan dikatakan hidup lebih awal di muka bumi sebelum tamadun manusia bermula.

Lipas juga dikatakan diantara serangga yang sukar untuk di hapuskan walaupun letupan atom terkena di muka bumi, ia mampu untuk meneruskan hidupannya.


Melalui satu tampalan (posting) yang dikeluarkan PUBLIC HEALTH MALAYSIA, laman tersebut telah mendedah lapan fakta menarik mengenai serangga yang dipanggil lipas.

1. Boleh Leperkan Badannya
Lipas boleh menyorok dan meloloskan diri melalui tempat yang sempit kerana ia boleh meleperkan tubuhnya sehingga 3 milimeter sahaja. Ia berbuat demikian dengan mengangkangkan kaki-kakinya ke sisi tubuh.

2. Boleh Tukar Kelajuan Ketika Berlari
Lipas mampu menukar kelajuannya ketika berlari dengan menukar kedudukan kaki mereka kepada gaya tripodal. Gaya ini meningkatkan lagi fleksibiliti dan mengurangkan rintangan, dan membolehkan ia berlari sepantas 320km/j!

3. Mampu Hidup Tanpa Kepala
Lipas masih mampu hidup sehingga 2-3 minggu setelah kepalanya terputus. Mereka boleh hidup kerana bernafas melalui liang di badan, tetapi mereka akan mati selepas tempoh itu kerana kehausan dan kelaparan.

4. Hidup Dalam Berkumpulan
Lipas hidup berkumpulan, tetapi ia tidak berstruktur seperti semut dan lebah. Apabila lipas makan, ia membuang najis. Najis lipas mempunyai bahan kimia yang akan menarik lipas-lipas lain untuk datang berkerumun.

5. Ada Yang Boleh Melompat
Ramai orang takut kepada lipas terbang, maka mungkin ramai takut kepada lipas melompat. Ada spesis lipas di Afrika Selatan yang boleh melompat seperti belalang. Mereka lincah melompat dan tidak suka duduk diam.

6. Boleh Gigit Manusia
Serangga omnivor ini makan tumbuh-tumbuhan, sisa makanan atau juga kulit manusia. Walaupun gigitan lipas tidak mendatangkan kemudaratan seperti sengatan lipan, kala jengking dan labah-labah, namun situasi itu tetap tak diingini.

7. Suka Masuk Telinga
Lipas masuk ke dalam telinga manusia kerana tahi telinga menghasilkan asid lemak berwap yang menarik perhatian mereka. Lubang telinga yang kecil, sempit dan lembap juga dirasakan sesuai untuk mereka jadikan tempat tinggal.


8. Lipas Makanan Eksotik
Di negara China, lipas diternak di ladang secara besar-besaran untuk dibekalkan kepada pengusaha-pengusaha makanan, ubat tradisional dan syarikat kosmetik. Di sana lipas dimakan sebagai snek! Agak-agak, sedap tak?

Post a Comment

Previous Post Next Post