Rahsia kehebatan MOTM UCL Final 2021 didedahkan.

Chelsea muncul juara Liga Juara-Juara musim ini selepas menewaskan Manchester City 1-0 malam tadi.

Walaupun mengalami musim yang penuh dengan cabaran ekoran wabak corona dan pertukaran pengurus pasukan, namun pasukan London ini berjaya menceriakan peminat dan penyokong mereka setelah jaringan tunggal Kai Havertz membawa mereka menjulang trofi Liga Juara-Juara di Porto.

Ketika Chelsea membayar Bayer Leverkusen sebanyak £70 juta untuk Havertz musim panas lalu, ramai pihak dikatakan terkejut kerana The Blues membuat pelaburan 'mengarut' dan membayar harga yang tinggi buat seorang pemain berusia 21 tahun,

Namun malam tadi Havert membuktikan dirinya adalah seorang penyerang yang mempunyai kelas tersendiri dan membuka mata banyak pihak dengan membantu pasukannya menjuarai kejohanan kelab bolasepak terulung di Eropah.

Seorang lagi pemain yang menjadi tumpuan malam tadi adalah N'golo Kante, yang dinobatkan selaku Pemain Terbaik Perlawanan  (Man of The Match - MOTM).

Chelsea menandatangani Kante pada 16 Julai 2016 dengan bayaran perpindahan yang dilaporkan berjumlah £32 juta dan sebelum bersama skuad The Blues itu, pemain kelahiran Perancis ini telah menjulang trofi Liga Perdana Inggeris bersama Leicester (2015/16).

Bersama Chelsea, (sebelum aksi malam tadi) Kante telah membantu pasukan itu menjuarai Liga Perdana Inggeris (2016/17), permulaan musim yang cukup cemerlang buat beliau.

Kemudian, musim berikutnya beliau membantu Chelsea menjuarai Piala FA (2017/18) sebelum membantu pasukan itu menjulang trofi Liga Europa pada musim 2018/19.

Selain itu, Kante turut membantu pasukan kebangsaan Perancis menjulang Piala Dunia pada tahun 2018.

Tidak dapat dinafikan bahawa pemain ini sememangnya berbakat dan mampu memberikan sesuatu kepada pasukan serta sering kali mempamerkan aksi yang mengagumkan.

Dan persembahan mantap beliau malam tadi ketika membantu Chelsea menjuarai Liga Juara-Juara membolehkan beliau dipilih dan dinobatkan selaku Pemain Terbaik Perlawanan.

Namun apakah rahsia kecemerlangan dan kehebatan yang dimiliki Kante?

Sehari sebelum perlawanan akhir Liga Juara-Juara, Kante dilaporkan telah mengambil 'tonik ajaib' bagi memberikan tenaga luar biasa kepadanya. Difahamkan Kante telah 'membedal' nasik lemak bersambalkan 'Sambal Duo Botak'.

Selain kesedapan, ramuan yang digunakan dalam Sambal Duo Botak ini antara penyumbang kepada tenaga luar biasa Kante.

Menariknya, anda juga mampu menikmat sambal ini kerana ianya adalah produk tempatan dan dijamin halal.

Pengasas sambal Bilis Duo Botak Hairuddin Omar dan Badhri Radzi turut menyediakan pakej untuk berkongsi rezeki kepada kita semua dengan menjadi ejen jualan Sambal Bilis Duo Botak.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ejen, anda bolehlah menghubungi Piang Shankly dan sekiranya ingin mencuba terlebih dahulu keenakan sambal ini, anda juga boleh membeli secara atas talian di platform Shoppe.

Atau hubungi nombor2 dibawah untuk COD
COD Ampang:

COD Melawati/Wangsa Maju/Setiawangsa/UK: http://www.wassap.my/0196638304
COD Balakong/Seri Kembangan:
COD Beranang/Semenyih
COD Puncak Alam/Setia Alam:
COD TTDI, Bandar Utama, Damansara:

Ps: Nota mengenai rahsia kehebatan Kante adalah rekaan semata-mata dan ini juga bukanlah tampalan berbayar.

Penulis sekadar ini membantu mempromosikan produk Sambal Duo Botak dan sekiranya anda juga mempunyai barangan ataupun produk untuk diiklankan, jangan segan, jangan malu hubungi penulis.

Musim 'lockdown' ni tak salah kalau kita tolong kita...kita jaga kita.

Post a Comment

Previous Post Next Post